Friday, October 1, 2010

74- Beruang buat Onar

Salam~~in
hei semoram~
beruang kijam~

gua ngah belek belek sokaba..
skali sekilas pandang jumpe artikel ni..
diam diam ubi berisi beruang kut mamat nih... mmg patut dpt 8 rat sebulan...

Anugerah kreativiti anak muda



Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PERKEMBANGAN teknologi sedikit sebanyak membantu generasi muda untuk maju selangkah ke hadapan dalam segenap bidang. Tampil untuk menterjemahkan imaginasi melalui kreativiti, golongan itu kini mempunyai banyak ruang untuk melakarkan idea.

Rentetan itu sebuah program yang dinamakan sebagai Nextgen Contenpreneur Awards (NCA) iaitu sebuah pertandingan eksklusif ilham Astro untuk membuka ruang kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi diperkenalkan bagi mengetengahkan kreativiti.

Sesuai dengan jiwa muda, Astro mempunyai harapan untuk melahirkan generasi yang mampu menghasilkan kandungan media yang mempunyai nilai seni, baru, menarik dan tersendiri.

Melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), NCA pada tahun ini sudah pun memasuki edisi ketiga.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah menjelaskan bahawa sejak NCA dimulakan pada 2008, ia mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar yang mempunyai minat untuk membina kerjaya dalam bidang penyiaran, multimedia dan komunikasi.

“Kualiti kerja yang dihasilkan oleh lebih 400 peserta yang diterima pada tahun lalu jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ramai bakat yang menanti untuk dicungkil.

“NCA telah menjadi suatu landasan kepada mereka untuk menunjukkan kepakaran dan kreativiti,” jelas Zainir.

Zainir menambah, revolusi sedang mengubah industri penyiaran di Malaysia dan perkembangan teknologi telah mencipta satu paradigma baru dalam cara kandungan media digunakan, dinilai dan dihayati.

“Tidak memeranjatkan kerana kebangkitan inovatif ini diketuai oleh bakat kreatif daripada angkatan generasi muda,” tambahnya lagi.

NCA menggalas peranan penting bagi menyediakan saluran yang membolehkan para pelajar mengasah bakat dan menajamkan kemahiran untuk maju dalam kerjaya pada masa hadapan.

Pertandingan yang akan berakhir pada 8 November ini terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 hingga 25 tahun yang sedang mengikuti kursus pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mahupun luar negara.

Hadiah berupa wang tunai RM10,000 berserta sebuah piala dan sijil akan dibawa pulang oleh pemenang dalam 10 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori tersebut ialah Kandungan Singkat Luar Biasa (TV), Dokumentari Serba Baru, Arahan Seni Luar Biasa dan Video Muzik Cemerlang.

Kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai bakat kreatif dan berminat menyertainya, layari laman web www.astro.com.my/nca2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*gua syak ikhumo hantar telenovela muvi pendek "2nd Chance" beliau..


seken can versi haiwan..


WASsalam~~OUT

2 comments:

  1. bukak spek..perati betul betul kaedi... pastu ikut intuisi kata hati btol ke x...hehe rasenye topek dah caye..

    ReplyDelete

laju sikit taip tu woii!!!!