Tuesday, December 21, 2010

150~ Kecik Hitam



Salam~ In spira punya baju dalam kete neo maw.

Wes koram

Yeyey..kijam-kijam~




Hi uols windu-windu brandes ke uols~

Sowi la uols brandes lama menyepi…..

Bizi-bizi uols!

Uols bizi zugak kerrr……

Yeyey sama laa kiter~

Semalaam sume pakai baju itam pegi studio…

Kecik lagi uols!

Da macam black prade dah…

Sumer oram dh jd murom mcm brandes!!!

Yeyey brandes murom,

Uols ade kerr????


Mencik uols!

Sumer nak pakai baju itam…..

Brandes dah tak ‘rare’ lagi….

'rare' gitu~

Sob..sob..sobreee….!

Sumoram kijam….


Kenapa brandes suke kaler itam?

Kenapa?? Why..why??!!!

Uols tak tau ker???

Kalau tak tau dok diam-diam!!!

Hik…hik…hik

Guraw-guraw uols~

Yeyeay!!!

Brandes suker kaler itam sebb kaler itam nampak ganas!!!

Nampak ganas uols!!!!

Ala-ala mafia bangladesh gitew~

Hik…hik..hik

Kaler itam jugak nampak macam bomoh-bomoh….

Ilmu hitam gitew~

Ok, brander suke main ilmu hitam.

Ada apa hal?

Acah-acah je uols!

Bak kate orang tua-tua ,..

“Itam-itam si tampok manggis”..

Manggis uols~

Yeyeay..!!

Brandes suke makam buah manggis,

Manis-manis buah gitew~

Ok, brande suke buah.

Sape suke makam buah anggur?

Sape??sape???sape???

Teka la uols~


-->Selain dari anggur,saya juga suke makan coklat kedberi. cuba teka siapakah saya?

*SEKADAR GAMBAR HIASAN




Rock!!rock!!rock!!!!!

itam rock ok,

yess!, brandes rock dan rock itu itam.

Itam uols~

Yeyeargh..!


Brandes juga nampak seksi-meksi kalau pakai kaler itam.

Seksi uols~

Sapa tak nak tengok brandes seksi!

Seksi sekali uols….

Sekali sudeyh……..!

Yeyayy!

kaler itam buat brandes kelihatan misteri.

Sangat misteri uols .

Dah macam zorro uols,

Main misteri-misteri nih!

Yeyeay!!

Brandes suker zorro!

Zorro!!!…zorro!!!..zorro..!!!!

Yeargh!!! Zorro,

Zorro adalah itam, dan itam ade lah incik zurro.

Time kecik-kecik, brandes suke main zorro-zorro.

Mein kat rumah nenek mekah,

Alaaa nenek mekah uols…

Ingat lagi tak?

Sape tak ingat dipersilakan bunuh diri.

Dah besau-besau ni teringin pulak nak jadi zorro ,

betol-betol uols!

Ade sesape tau kat maner nak apply kerja zorro-zorro ni uols?

Kalau tau, jangan luper koling-koling brandes.

Koling taw~

Yeeayy!!!

Brandes nak jadik zorro!



Kenape brandes suker kaler itam?

Sebab bila brandes pakai baju itam,

Ramai oram-oram tegur brandes…;

‘awak nampak itam laaaa…’

Eeeeeeee sukenyeeer brandes!!!!!


Lelagi satu uols….

Brandes suke playsafe..

Kalau pakai bebaju itam ni,

Tak payah nak sesusah basuh hehari!

Kalau kotor bukanya orang nampak uols~

Lenlah lalau bebaju kekaler putih-putih uols….

Kalau pakai sekali pom,

intai tengok bawah ketiak dah jadik warne kunim uols!

Kunim uols!!!!

Yuurkss!!!..................

Geli la syial…!


Ok lastly, uols……

Brandes suke kale itam maybe sebab itam ni menawan kot…

Menawan uols~

cewah, dah macam iklan rokok-rokok uols.

Kalau brandes pakai baju itam ni, brandes nampak menawan bukan?

Tapi yang brandes heran nye……..,

Kalau brandes pakai kaler hijau ker, kuning oren ke, perple ke…

Tak kiralah ape-ape kaler pom,

Ramai jugak yang tertawan dengan brandes!

Ishk……

Rimas la uols~

Susah jugak jadi orang comel ni uols…..

Yeyeaay!!!!!!...

Brandes comam….!!!

Comel sangat uols~

Uols ade kerrrr??

Ade??..ade?..

Takde kan?

So, cakap banyak takde guna…,

Kang brandes karate baru taw!

Karate uols~

babai uols!!!

Piisssss!!!!!!


Wassalam~Out



p/s ; Tak kira la baju itam ke, seluar itam ke, kecik itam ker.....whateverlah!!!, tapi satu je brandes nak pesam jangan sesekali hitamkan hati uols. Jangan jadi macam grindtaa, pakai je nak meriah .Hati ngan kulit sama hitam! terok bebenor perangainye tuh! jangan tiru ye uols..., terok taw~

p/s 2; Playsafe nampak?......kekekeekeh!






Saturday, December 11, 2010

149~ Newspaper Cutting Paling Stailo.



Salam~In ilah akibat pangkah dacing.
salam 1mesia semorasm
APCO kijam....


sesape yang ade paper yang ni mintak tolom simpam,kalau boleh letak dalam prem gambar.


Wassalam ~ out




p/s; nampak macam blog-blog anti-kerajaan bukan?

Friday, December 10, 2010

148 - DINAR DAN DIRHAM

SALAM~ IN
TAKDOP SAPO2 KIJAM~

Dengar sini baik2 semua...
Anda sedang hidup di zaman,
di mana zon waktu yang anda sedang bernafas ini,
telah berada & kena pada "timingnya"
untuk menjadikan Dinar & Dirham sebagai matawang dunia,
buktinya ???
Perhatikan baik2 jawapan kami ini...

1)
Sebelum sesebuah negara itu boleh "establish" dengan jayanya,
dalam pelbagai cabang bidang ketamadunan manusia...
seluruh lapisan masyarakat di (negara itu) perlu ada "ekonomi",
baca baik2 ye...
tak wujud gemilang tanpa bermulanya kekayaan,
tak wujud kekayaan tanpa ada ekonomi,
dengan ekonomi yang bermula dari zaman "batu kerikil",
sehingga ke stage ekonomi zaman "besi teknologi,"
akan membantu pembentukan "establish sesebuah negara,
iaitu 1 buah negara yang super power (pada bidang masing2).
__________________________
__________________________
_
Nak tahu apa pointnya sekarang ???
pointnya sekarang ialah...
sebelum demokrasi = (sistem idea kafir)
boleh dijayakan dengan gemilang seperti yang anda nikmati hari ini,
ianya wujud "hanya" selepas ekonominya diwujudkan,
dan ekonomi bagi sistem demokrasi ini ialah ???
...ialah = kapitalis
Duit kertas berjaya direbakkan dari zaman "batu kerikil"
secara berlapis-lapis sehinggalah ke tahap...
ianya berjaya pula ke stage zaman "besi teknologi",
hari ini anda mengenalinya sebagai...
SISTEM DUIT KERTAS ------> SISTEM DUIT DIGITAL
kedua-dua sistem ini tidak kekal lama,
apabila Tasik Galilee di Palestin bakal kering,
lagi 40 tahun ++ dari sekarang.
__________________________
__________________________
_

2)
Kenapa kami tuliskan di atas (selepas kalimah Bismillah itu),
berkenaan dengan zaman anda ini...
iaitu anda pada hari ini telah benar2 hidup di ambang
fasa pertama dari 3 fasa yang telah kami TEMUKAN.
iaitu penggunaan kembali Dinar & Dirham sebagai matawang dunia,
buktinya ???
Mari kami ceritakan perkara2 yang PASTI terjadi tak lama aje lagi.
Perkara2 ini,
kami pecahkan kepada 3 stage,
dan stage ini tidak dibentangkan oleh sesiapa pun,
walaupun dari Imran Hosein,
stage ini adalah hasil kajian kami, dan ilham terus dari Allah,
nak tahu apa stage2 itu ???
Baca baik2 & telitikannya mengikut NUR HATI anda.

(STAGE 1/3)
- katakan, kami setuju dengan usaha2 Umar Vadillo
- katakan, kami bangga dengan usaha2 Dr. Mahathir
- katakan, kami kagum hasil risikan Sheikh Imran Hosein
- katakan, 3 manusia ini adalah hadiah Allah untuk manusia zaman ini
- mereka2 ini adalah percikan awal sempadan tanda2 besar
- kehadiran mereka ber3 zahir pula di negara2 yang tak disangka2
- dan berkat usaha (dakwah + melaksana)
- negara2 MELAYU 1 per 1 berjaya mendaulatkan Dinar & Dirham
- Acheh, Jawa, Sulu, Kelantan, Kedah, Perak, Johor (sedang bangkit)
- pada ketika ini, Umar Vadillo masih teruskan usahanya...
- Dr. Mahathir pula meneruskan fasa2 terakhir dakwahnya
- Imran Hosein menghabiskan usianya dengan kod2 misteri
- E-Dinar.COM perlukan 20 tahun ++ untuk realitikan syiling
- dalam diam kami tetap di belakang tabir menyokong & memerhati
(kami namakan Stage 1/3 sebagai zaman "batu kerikil" D&D)
D&D = Dinar & Dirham

(STAGE 2/3)
- ini adalah fasa di mana ISRAEL berjaya menjadi pusat dunia
- semua ketamadunan manusia dihimpunkan ke sana
- pada ketika ini, sistem duit kertas sudah pupus (no more graf USD)
- pada ketika ini, SISTEM KERAJAAN DIGITAL berjaya establish
- pada ketika ini, SISTEM DUIT DIGITAL berjaya establish
(kami namakan stage ini sebagai zaman "besi teknologi" kapitalis)
inilah zaman emas yang dinanti-nantikan YAHUDI
inilah zaman yang dihasilkan oleh tamadun Yakjuj & Makjuj.

Nota:
bila zaman keemasan sesuatu tamadun itu hadir,
bermaksud zaman itu akan musnah secara SUNNATULLAH...
- di ketika ini, era kapitalis berada di kemuncak zaman emasnya
- pusat kewangan dunia akan berpindah dari New York ke Tel Aviv.
- Israel menjadi THE RULLING STATE OF THE WORLD
- kegemilangan ISRAEL akan "hampir" sama
dengan kegemilangan kerajaan emas zaman NABI SULAIMAN
- 1 Currency 1 World Order 1 Government 1 Nation 1 Language
------------------((( 1 RING TO RULE THEM ALL )))--------------------
__________________________
__________________________
____
- di saat (STAGE 2/3) ini sedang berlangsung...
- anak2 muda yang pernah membaca artikel kami (berfikir semula)
- apa yang diteorikan selama ini menjadi betul akhirnya
- apabila era sistem duit kertas pupus di depan mata orang2 Islam
- pada ketika itu jugaklah, umat ISLAM maju setapak lagi
- penggunaan D&D merebak dari Nusantara ke China
- D&D merebak dari China masuk ke seluruh benua India
- seluruh timur utara mula bangkit tanpa dapat dikawal
- dan ketika inilah penggunaan D&D dari (STAGE 1/3) itu...
- telah masuk fasa ke (STAGE 2/3) di seluruh dunia
- sedangkan sistem kapitalis sedang menikmati zaman emasnya
- tetapi ISLAM sedang bangkit pelan2 tanpa boleh dihalang
- nak tahu kenapa ???
- perhatikan baik2 komen kami di no. 1)
- gantikan perkataan demokrasi dengan = KHALIFAH
- gantikan perkataan kapitalis dengan = DINAR & DIRHAM
NOTA:
sebelum sesebuah pemerintahan itu akan gemilang,
ianya perlulah bermula dari ekonomi,
dan setiap ekonomi perlu melalui zaman "tadika"nya...
sebelum ke zaman "universiti"nya...
dan itu perlu dilalui oleh sistem Dinar & Dirham,
seperti mana yang telah dilalui oleh sistem kapitalis (duit kertas).

(STAGE 3/3)
- pada zaman inilah, sistem kapitalis mula nampak kehancurannya
- matawang digital & kerajaan digital tak bertahan lama
- tenaga elektrik perlahan2 pupus akibat bencana angkasa
- tasik galilee semakin kering akibat cuaca
- petanda kehadiran 3 pemimpin akhir zaman ke dunia
- pada fasa ini, sistem kapitalis hancur...
- ketika inilah Al-Masih Dajjal muncul atas banyak"sebab2" lain...
- pada ketika ini, umat Islam semakin maju kedepan...
- ekonomi fasa "batu kerikil" menuju fasa "besi teknologi"
- ini bermakna, kemunculan sistem KHALIFAH pasti berlaku
- bila ekonomi kukuh, baru ada negara yang gemilang bangkit
- dan anda merupakan manusia2 terawal yang memercikkannya
- ekonomi & matawang Dinar & Dirham establish
- pemerintahan islam melalui KHALIFAH terakhir pun establish
- dan THE RETURN OF THE KING pun tiba...
- silalah tonton filem The Lord of The Ring untuk memahaminya...

NOTA:
ini bermakna
usaha2 manusia di (STAGE 1/3) perlu ada & wujud,
sebelum berlangsung & hadirnya (STAGE 3/3).
manusia2 di era 1-2-3 untuk tertubuhnya sistem ISLAM,
iaitu sistem matawang Dinar & Dirham & sitem Khalifah,
akan harum namanya di dunia & di akhirat,
dan kami percaya,
anda merupakan salah 1 manusia dari mereka2 itu,
sekiranya anda terpilih, kami ucapkan TAHNIAH.

-ketika di (STAGE 3/3)
-Al-Masih Mahdi pun menzahirkan dirinya (bila? wallahualam)...
-anda masih ingat lagi 2 gerhana matahari & gerhana bulan,
yang pernah terjadi pada 1980 han yang lepas ???
ya...
gerhana itu tak pernah terjadi pun semenjak kemangkatan
Nabi Muhammad 1432 tahun yang lepas,
dan gerhana itu benar2 hanya terjadi di "zaman kita" sahaja,
apa maknanya ini semua ???
maknanya...
Al-Masih Mahdi hari ini telah berumur dalam lingkungan lewat 20han,
sedangkan tahukah anda,
pada umur berapakah Imam Mahdi ditabalkan menjadi KHALIFAH ?
-----------------((( THE RETURN OF THE KING )))---------------
dan jangan lupa,
Allah bekalkan kepada anda semua LIVE SIGNAL dari Palestin,
untuk mengenal pasti bilakah kemunculan 3 pemimpin akhir zaman
akan berlakum
kerana apa,
Hadis TAMIM AD-DHARI ada merekodkan,
dengan keringnya tasik ini di akhir zaman,
maka Al-Masih Dajjal akan menampakkan fizikalnya...
BUKTINYA ????????
TASIK GALILEE di Palestin hari ini,
semakin hari semakin kering dan ada baki 40 tahun ++ sahaja
untuk tasik itu kering mengikut ekosistem SUNNATULLAH,
tahukah anda apa maknanya ini semua ???
Maknanya,
KERINGNYA TASIK GALILEE = TURUNNYA NABI ISA
kami terbaca artikel penting ini,
selepas pergi ke google.com dengan keyword = Tasik Galilee
dan lebih teruk lagi,
kisah Tasik Galilee ini telah diendorsekan kebenarannya
oleh Nabi Muhammad sendiri,
melalui hadirnya rekod Hadis Tamim Ad-Dhari

Amaran:
- sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi
- tasik galilee perlu kering untuk tanda turunnya baginda...
- sebelum turunnya baginda Nabi, Al Masih Mahdi kena muncul dulu
- Mahdi hanya zahirkan diri apabila Al-Masih Dajjal menunjukkan diri
- dan Dajjal takkan hadir, sebelum ISRAEL menjadi Raja Dunia
- sebelum kemunculan Dajjal, sudah pasti ada sesi suai kenal
- bagaimana mungkin Dajjal senang2 ada 70ribu tentera yahudi
ketika di awal kemunculannya...
- dan proses suai kenal sedang berlangsung sekarang...
- anda boleh mengenal tanda2nya (betapa pesatnya Dubai sekarang)
- betapa sempurnanya sistem2 Teknologi Yakjuj Makjuj hari ini
- betapa merebaknya ejen2 Yahudi di seluruh dunia
- betapa besarnya fitnah akhir zaman ini kan ??? (byk lagi...)
- sedangkan Tasik Galilee ada baki 40 tahun ++ untuk kering
- sudah 20 tahun ++ gerhana itu berlalu (tanda lahir Mahdi)
- matawang Dinar~Dirham perlahan2 naik seiring peredaran zaman
- ketika matawang kapitalis sedang mencapai kemuncaknya
- matawang Islam perlahan2 bangkit di timur
- dan apa yang berlaku pada hari ini,
ada sambunga ceritanya di fasa2 seterusnya...
zaman emas takkan hadir sebelum zaman gangsa,
harap anda faham artikel kami kali ini...

==========================
============
KESIMPULAN:
- usaha mendaulatkan Dinar & Dirham di Nusantara & Dunia
- telah kena pada "timingnya"...
- kehadiran manusia2 seperti:
* Dr. Mahathir
* Imran Hosein
* Umar Vadillo
* kerajaan2 Melayu Nusantara
* kewujudan anak2 muda yang luar biasa
* kehadiran pertubuhan2 yang pelik & berselindung
* lahirnya syarikat2 zahir seperti NUBEX & JENTAYU
* mistisnya syarikat2 batin seperti KAMI
* kemunculan Dinar~Dirham di tengah2 sistem duit kertas
* kenaikan mendadak minyak-emas-perak-elektrik
(adalah signal2 TUTUPNYA TANDA2 KECIL)
(dan signal2 BUKANYA TANDA BESAR)
bila 3 pemimpin akhir zaman hadir, "tak lama aje lagi".

Dan...
Wahai ibu2 yang melahirkan anak2 muda pada hari ini,
betapa manjanya anak2 kalian menayangkan wajah di Facebook,
iaitu anak2 anda yang berumur sekitar 7~10 tahun hari ini,
bahkankan yang sedang hensem & cantik dewasa dengan gayanya,
anak2 anda pasti berhadapan dengan 3 peminpin akhir zaman ini,
langsung tak boleh elak...
dengan berbaki 30~40 tahun ini,
apakah persediaannya ???
sudahkah anda sampaikan apa yang perlu diketahui mereka ???

Tahukah anda,
untuk menyelamatkan umat akhir zaman ini,
Allah telah turunkan seorang nabi penghabisan untuk makhluk berakal
bukan untuk manusia sahaja, bahkan untuk JIN...
dan tahukah anda...
apa yang Nabi Muhammad lafazkan Umatku2 Umatku itu...
adakah benar2 hanya untuk bangsa manusia sahaja ???
sudah tentu tidak !!!
umat Muhammad terdiri dari JIN & MANUSIA.
kerana adanya dakwah Nabi di kalangan Jin,
kerana Nabi pun taknak Jin ditipu sama masuk dalam neraka,
sebab itu jugaklah,
Allah berkias dalam wahyu Al-Quran,
yang penghuni syurga & neraka ada juga JIN & manusia,
untuk bukti lagi,
maka diabadikan Surah Jin dalam Al-Quran...
Sesungguhnya,
umat Muhammad terdiri dari (Jin & Manusia).
tetapi harus diingat,
dari umat Muhammad itu,
telah terpecah mereka yang besar itu kepada 73 kumpulan,
tapi yang masuk syurga itu 1 kumpulan sahaja,
dan kumpulan itu adalah mereka2 yang tetap
ingin mengembalikan Al-Quran & Al-Sunnah di pentas dunia,
dan boleh jadi anda merupakan salah seorang dari mereka ini,
tapi sayang 1000 kali sayang lagi...
kalau anda percaya anda adalah the chosen 1 to be in HEAVEN,
pastikan anda sebagai contohnya:
benar2 dari golongan 1 itu,
yang benar2 pula mengamalkan Al-Sunnah & Al-Quran
- adakah anda memakai seluar jeans ?
- masih keluar rumah tak pakai tudung ?
- bagaimana dengan duit kertas (ini Nabi tak ajr,tapi kita pakai)
- dan banyak lagi contoh2 pelik yang lain
(iaitu...)
(contoh2 yang confirm menarik kita keluar dari golongan yang 1 itu)
ingat ye...
tiket masuk syurga mahal...
sebab itu perkampungan Melayu kena dikekalkan...
kerana hanya perkampunya ala2 beginilah,
yang hampir sangat sama dengan KAMPUNG ISLAM,
seperti yang mentor kami sarankan iaitu:
BUILD YOUR OWN ((( MUSLIM VILLAGE )))
tetapi siapakah mereka2 yang sanggup itu ???
mereka2 yang sanggup itu,
adalah mereka2 yang bakal dinobatkan sebagai PELIK & ASING,
merekalah Islam yang terasing...
dan golongan yang dianggap asing inilah,
mempunyai peluang yang lebih,
untuk mengamalkan Al-Sunnah & Al-Quran,
seterusnya bakal dikategorikan kepada 1 kumpulan dari 73 tadi,
cari LAGU M.NASIR yang lriknya ada ayat berikut...
"73 jalan, yang sampai hanya 1 jalan...."
perkara2 ini dah Nabi Muhammad pesan dalam banyak rekod2 hadis,
tapi sayang 1000 kali sayang...
mana2 manusia yang mengamalkan ISLAM sebegini rupa,
akan dicopkan MEDIA MASSA ketika itu sebagai apa ye???
ya betul...
sebagai pengganas dunia ???
kerana apa ye?
kerana cara berpakaian mereka tidak selari dengan globalisasi dunia,
ketika dunia sedang memakai TAI, JEANS, SKIRT,
NAMPAK BETIS, TIDAK BERMISAI, TIDAK BERJANGGUT,
orang2 Islam yang dianggap pelik dan asing ini pula,
akan dilabelkan sebagai ???
- orang asing
- pengganas
- perlu dibunuh
- pelik
- akan di-I.S.A.kan
- akaun bank akan disekat (masa tu dah era SISTEM DIGITAL)
- dan macam2 sekatan selagi mereka di bawah SISTEM DIGITAL

Dan tuan-[uan semua...
Allah telah turunkan tanda yang TERANG LAGI NYATA,
kalau tak cukup lagi dengan bukti2 di atas...
pergi ke GOOGLE MAPS buat rekod hari ini,
dan buat lagi rekod 5 tahun akan datang,
dan buat lagi rekod 10~20 tahun akan datang,
perhatikan saiz TASIK GALILEE,
kolam air tawar ciptaan Allah ini akan semakin kecik,
dan akan terus hilang...
sepatutnya dengan kehadiran teknologi yang hampir sama
hebat dengan teknologi zaman Nabi Sulaiman ini,
yang sedang anda pegang di hujung jari ini,
anda gunakan ke jalan untuk mengenal RASUL & menganal ALLAH,
melalui tanda2 realiti yang dahulunya adalah fantasi...
dan...
anda sepatutnya bertambah naik keyakinan anda kepada
semua kata2 Nabi Muhammad sejak 1432 tahun yang lepas,
tentang hampir semua tanda2 akhir zaman selama sejarah manusia ni,
telah benar2 berlaku,
hanya di zaman anda sahaja...

++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++
On The 5th Day Of The Battle In The City Of The Kings,
Look through Your Eyes To The East...
Your Army Will Arrive...
(Petikan Kata2 Gandalf The White...)
(Dari Filem THE LORD OF THE RINGS)
++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++

Tolong Study Filem Ini Sampai Habis,
Kerana Illuminati Meluahkannya Kejadian Akhir Zaman
Melalui Filem Ini.
Dalam Filem Ini Ada Kod2 Penting Untuk Anda PECAHKAN,
dan antaranya ialah:
- bangsa Melayu
- kebangkitan emas
- watak2 Isa, Mahdi, Dajjal, tentera2 ghaib
- perang badar (manusia + jin + malaikat)
- kemunculan binatang2 pelik (Sila rujuk Surah Ababil)
- cincin yang hilang
(sila rujuk kisah cincin Muhammad, tongkat Musa, cincin Sulaiman)
- tentera panji hitam
- panglima panji hitam
- orang bunian (inggeris dinamakan ELVE)

Filem ini diwujudkan untuk 1 tujuan sahaja,
untuk bagitau seluruh dunia,
yang ISLAM pasti tetap memerintah dunia di akhir zaman,
dan usaha2 untuk menghalangnya sudah pasti datang dari
si mata 1...
tahukah anda,
karektor MATA 1 dipunyai oleh 2 makhluk berakal,
1 dari bangsa JIN dan 1 dari BANGSA manusia,
dan kami menamakan 2 makhluk berakal ini dengan nama:
- IBLIS (dibutakan matanya oleh Nabi Idris dengan jarum)
- Dajjal (memang buta dah pun mata dia sebelah kiri)

Sedangkan filem ini,
diarahkan oleh orang Yahudi,
tetapi filem ini berakhir dengan kekalahan si MATA 1,
dan anda semua tentu tahu apa maknanya...
Sebelum artikel ini ditamatkan pada Jumaat mulia ini,
mari kami ingatkan kepada anda semua 1 KOD yang telah kami
pecahkan dalam filem ini,
salah 1 kod itu telah terjadi dan sedang terjadi,
filem ke-2 THE LORD OF THE RING adalah bertajuk...
The 2 Towers...
tahukah anda,
di dalam filem ini ada 2 menara yang tumbang
pada masa yang berlainan...
tahukah anda...
selepas MENARA BERKEMBAR NEW YORK runtuh tahun 2001,
MENARA BERKEMBAR yang mana lagikah yang baka runtuh pula ?
dah tahu jawapannya ?
so,
bersedialah...
setiap penyakit ada ubatnya...
begitu juga dengan kiamat...
sebelum nak jadi kiamat, akan hadir tanda2nya dulu...
begitu juga mati,
sebelum mati akan hadir tanda2nya juga...
begitu juga konspirasi...
daripada dituduh fantasipasti berakhir dengan REALITI.
__________________________
_________________________

BE PREPARED.
Artikel Asal Dari Dinar-Emas.COM
Kiriman ini bukan ditulis dalam banyak peringkat,
tapi telah terus ditaip sejak pukul 12:00 am
selama 2 jam 30 minit tanpa henti (penuh TELITI).
bertarikh:

Jumaat
10.12.2010
04.01.1432
02:30 am
(Waktu Promise Land)


=Takkan Dinar Hilang Di Dunia=
=Takkan Islam Hilang Di Dunia=
=Takkan Melayu Hilang Di Dunia=

WALLAHU'ALAM...
YANG BAIK DAN BENAR ITU DARI ALLAH, YANG BURUK DAN SALAH ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA

GUA HANYA MENYAMPAIKAN...


WASsalam~ OUT


P/S: GUA ADE GAK TEPIKIR NAK JADI TOKEY EMAS,CAM ZARA JUGAK

P/S: NI P/S PALING SIKIT STAKAT NI,GUA TAK DAPAT NAK LAWAN GRINTA..KAHKAHKAH

Thursday, December 9, 2010

147~ Translusi Hil



Salam ~ in cinema esok, hantu kak limah balik kampung
haihai semorams....
sekarang ni sape kijam~


Time gua tengah asyik lepak-lepak kat fesbuk bersama-sama brandes yang comel, mak gua panggil gua pekena nasik. Gua tanpa melengahkan masa terus bergerak ke dapur dengan kelajuan cahaya. Kalau kat rumah bab makan memakan ni timing kena tepat-tepat takleh mabok-mabok sebab nak kena follow jadual makan yg betol. Kalau kat UIA breakfast pukul 4petang pon masih dikiraa budiman. Gua suap 2-3 mulut lepas tu kira setel.(makan tengahari kena isi sikit-sikit baru laju nak berjalan) sebab gua eksaited nk berfesbuk bersama brandes. Time gua nak sambum aktiviti fesbuk gua bersama brandes comam, member gua plak hantar pesanan ringkas kat gua ajak ronda-ronda kbmol. Terus gua sarung seluar jeans, setup rambut lebih kurang, teguk air masak segelas, brandes ngn fesbuk gua tolak tepi. Sebenarnya gua takde la kemaruk sangat nak ke kbmol ni,kalau boleh perkataan mall ni gua xnak dengar dah…dah berbulu rasenya dgn mall nih. Disebabkan member gua ni ajak meronda ngn kereta gua sangup jer. Gua pon macam sister, ade kereta semua jalan! Malas gua nak merempit time2 hujan nih. Sampai jer kbmol ,(gua pendekkan cerita yer malas gua nak cerita part2 men bolin, makan nasi ayam,beli eskrem, shoping baju, usha awek, kutuk budak baru nak up kang tak pasal-pasal jadi karangan SPM) gua ade singgah satu kedai DVD, asal nya gua saje gedik-gedik nak masok, nak test ekon kedai tu. Disebabkan kuasa membeli gua tinggi gua terbayar jugak satu DVD kat kedai tu. Nama kedai tu movieland. Memamg banyak movie kat situ Cuma satu jer cerita gua berkenan , cerita omputeh. Nama cerita tu ALFIE.


Amacam? panjang tak intro. Yes kat atas tu intro jer ok..i means intro.

Gua mula jatuh minat kat judelaw ni bila masa gua tengok citer REPOMEN, mula-mula gua sangkakan citer ni syok gilababi sebab gua ulang tayang citer ni sampai 4-5 kali. Tapi bila kali kelima tu baru gua sedar citer ni takdelah layan sangat sampai gua nak ketagih tengok berulang kali. Sebab tahap ketagih gua tengok citer ni takdelah sama ketagihnya gua tengok citer running scared (serius citer ni memang buat gua gila, gua tengok sampai berpuluh2 kali.gua suka gaya bahasa citer ni). Lama- lama tu baru gua sedar gua tengok REPOMEN berulang kali sebab gua nak tengok jude law dalam citer tu bukan sebab citer tu sendiri.

Lepas pade tu , gua cari balik citer-citer jude law yang lama. Gua tengok citer Sherlock Holmes, hero dia punya kehebatan lansum gua tak endah. Gua lagi tumpu pade watak dr john Watson. Dalam hati gua asyik dok merengus “babi, hensenm jude law ni”. Lepas tu gua tengok pulak citer The holiday, walaopon dalam citer tu ade Cameron diaz ngn kate wislet,. Tapi gua lagi suka tengok jude law, jack black tolak tepi. Gua rase yang jude law ni lagi Nampak menarik dan comel kalau nak dikomperkan dengan kate winslet mahupun si Cameron diaz tu. Gua dah mula rasa tak kena, rasa curiga pade diri sendiri,mula syak sesuatu yang tak sedap.


Petang tadi lepas balik kbmol,gua terus pasam DVD alfie. Semayang magreb qada esok hari. Lepas tengok citer alfie gua mula rasa tak keruan,jude law memang hensem gila dalam cerita ni, gua dah mula rase denki ngn sienna miller, jude law Berjaya membuatkan gua terpukau dengan matanya yang romantis dan jelingan manja yang nemukau, dia punya pelat London kalau dainasor dengar pon boleh cair. Memang perfek gua rasa dari atas ke bawah, bahagiann dalam gua taktau sebab tak tengok lagi.persoalanya sekarang……….

Adakah gua gay?

Adakah..adakah?? gua sendiri pon tak tau.

Aku jarang gile nak puji lelaki hensem, kalau jambu tu selalu. Pelik juga rasa mula-mula nak admit yang lelaki ni hensem tapi lama-kelamaan gua faham. Tak salah kalau lelaki puji lelaki hensem, bukannya sebagai minat, syok, cinta ataupon nak buat laki. Tapi atas sebab kagum,role model, idola atau omputeh panggil wannabe. Tak salah gua rasa kalau ade wannabe ni. Ok lepas ni jangan terkejut kalau ade lelaki yang iras-iras jude law berlegar kat dalam studio ye..




wassalam~out



P/s; amacam nampak macam blog gay-gay bukan?

P/s2; lelaki lain yang gua suka selain jude law ialah fabregas,so kalau ade orang macam fabregas kat studio jangan panik. sapa tak kenal fabregas dia kodi.

P/s3; amacam ok tak tatabahasa ngn struktur ayat gua.

P/s4; cerita kairi dazuan dalam proses, sabau ye semoram.

p/s5; kalau ade lelaki yang syok kat gua, pastikan luoram ade iras-iras jude law. kalau takde, pikir dua kali sebelom mengorat gua kalau taknak kena pijak perot.

p/s6; jamal pernah cakap kat gua, dalam dunia ni, takde laki yang straight 100%. Masing-masing 50-50 dalam diri setiap lelaki ade sifat feminism (pergh jamal kalau dah berfalsafah memang tak hengat). Gua tak pasti pasal teori ni sahih ke tidak, ni sebab time jamal cakap ni dia dalam keadaan separe sedar. Biase la tu astronaut , jet lag selalu.

p/s7; gua tak tertarik dengan caneron diaz ngn kate winslet sebab diorang ni bukan cun pong. cameron diaz tu rangka serangkanya! lagipom omputeh ni bukan taste gua sangat la..,kalau emma watson tu gua terliur.

p/s8; yess!!! gua dah ade lelaki idaman!

p/s9; serius gay!!!!

p/s10; ni la p/s paling banyak di antara p/s-p/s.