Thursday, December 9, 2010

147~ Translusi Hil



Salam ~ in cinema esok, hantu kak limah balik kampung
haihai semorams....
sekarang ni sape kijam~


Time gua tengah asyik lepak-lepak kat fesbuk bersama-sama brandes yang comel, mak gua panggil gua pekena nasik. Gua tanpa melengahkan masa terus bergerak ke dapur dengan kelajuan cahaya. Kalau kat rumah bab makan memakan ni timing kena tepat-tepat takleh mabok-mabok sebab nak kena follow jadual makan yg betol. Kalau kat UIA breakfast pukul 4petang pon masih dikiraa budiman. Gua suap 2-3 mulut lepas tu kira setel.(makan tengahari kena isi sikit-sikit baru laju nak berjalan) sebab gua eksaited nk berfesbuk bersama brandes. Time gua nak sambum aktiviti fesbuk gua bersama brandes comam, member gua plak hantar pesanan ringkas kat gua ajak ronda-ronda kbmol. Terus gua sarung seluar jeans, setup rambut lebih kurang, teguk air masak segelas, brandes ngn fesbuk gua tolak tepi. Sebenarnya gua takde la kemaruk sangat nak ke kbmol ni,kalau boleh perkataan mall ni gua xnak dengar dah…dah berbulu rasenya dgn mall nih. Disebabkan member gua ni ajak meronda ngn kereta gua sangup jer. Gua pon macam sister, ade kereta semua jalan! Malas gua nak merempit time2 hujan nih. Sampai jer kbmol ,(gua pendekkan cerita yer malas gua nak cerita part2 men bolin, makan nasi ayam,beli eskrem, shoping baju, usha awek, kutuk budak baru nak up kang tak pasal-pasal jadi karangan SPM) gua ade singgah satu kedai DVD, asal nya gua saje gedik-gedik nak masok, nak test ekon kedai tu. Disebabkan kuasa membeli gua tinggi gua terbayar jugak satu DVD kat kedai tu. Nama kedai tu movieland. Memamg banyak movie kat situ Cuma satu jer cerita gua berkenan , cerita omputeh. Nama cerita tu ALFIE.


Amacam? panjang tak intro. Yes kat atas tu intro jer ok..i means intro.

Gua mula jatuh minat kat judelaw ni bila masa gua tengok citer REPOMEN, mula-mula gua sangkakan citer ni syok gilababi sebab gua ulang tayang citer ni sampai 4-5 kali. Tapi bila kali kelima tu baru gua sedar citer ni takdelah layan sangat sampai gua nak ketagih tengok berulang kali. Sebab tahap ketagih gua tengok citer ni takdelah sama ketagihnya gua tengok citer running scared (serius citer ni memang buat gua gila, gua tengok sampai berpuluh2 kali.gua suka gaya bahasa citer ni). Lama- lama tu baru gua sedar gua tengok REPOMEN berulang kali sebab gua nak tengok jude law dalam citer tu bukan sebab citer tu sendiri.

Lepas pade tu , gua cari balik citer-citer jude law yang lama. Gua tengok citer Sherlock Holmes, hero dia punya kehebatan lansum gua tak endah. Gua lagi tumpu pade watak dr john Watson. Dalam hati gua asyik dok merengus “babi, hensenm jude law ni”. Lepas tu gua tengok pulak citer The holiday, walaopon dalam citer tu ade Cameron diaz ngn kate wislet,. Tapi gua lagi suka tengok jude law, jack black tolak tepi. Gua rase yang jude law ni lagi Nampak menarik dan comel kalau nak dikomperkan dengan kate winslet mahupun si Cameron diaz tu. Gua dah mula rasa tak kena, rasa curiga pade diri sendiri,mula syak sesuatu yang tak sedap.


Petang tadi lepas balik kbmol,gua terus pasam DVD alfie. Semayang magreb qada esok hari. Lepas tengok citer alfie gua mula rasa tak keruan,jude law memang hensem gila dalam cerita ni, gua dah mula rase denki ngn sienna miller, jude law Berjaya membuatkan gua terpukau dengan matanya yang romantis dan jelingan manja yang nemukau, dia punya pelat London kalau dainasor dengar pon boleh cair. Memang perfek gua rasa dari atas ke bawah, bahagiann dalam gua taktau sebab tak tengok lagi.persoalanya sekarang……….

Adakah gua gay?

Adakah..adakah?? gua sendiri pon tak tau.

Aku jarang gile nak puji lelaki hensem, kalau jambu tu selalu. Pelik juga rasa mula-mula nak admit yang lelaki ni hensem tapi lama-kelamaan gua faham. Tak salah kalau lelaki puji lelaki hensem, bukannya sebagai minat, syok, cinta ataupon nak buat laki. Tapi atas sebab kagum,role model, idola atau omputeh panggil wannabe. Tak salah gua rasa kalau ade wannabe ni. Ok lepas ni jangan terkejut kalau ade lelaki yang iras-iras jude law berlegar kat dalam studio ye..




wassalam~out



P/s; amacam nampak macam blog gay-gay bukan?

P/s2; lelaki lain yang gua suka selain jude law ialah fabregas,so kalau ade orang macam fabregas kat studio jangan panik. sapa tak kenal fabregas dia kodi.

P/s3; amacam ok tak tatabahasa ngn struktur ayat gua.

P/s4; cerita kairi dazuan dalam proses, sabau ye semoram.

p/s5; kalau ade lelaki yang syok kat gua, pastikan luoram ade iras-iras jude law. kalau takde, pikir dua kali sebelom mengorat gua kalau taknak kena pijak perot.

p/s6; jamal pernah cakap kat gua, dalam dunia ni, takde laki yang straight 100%. Masing-masing 50-50 dalam diri setiap lelaki ade sifat feminism (pergh jamal kalau dah berfalsafah memang tak hengat). Gua tak pasti pasal teori ni sahih ke tidak, ni sebab time jamal cakap ni dia dalam keadaan separe sedar. Biase la tu astronaut , jet lag selalu.

p/s7; gua tak tertarik dengan caneron diaz ngn kate winslet sebab diorang ni bukan cun pong. cameron diaz tu rangka serangkanya! lagipom omputeh ni bukan taste gua sangat la..,kalau emma watson tu gua terliur.

p/s8; yess!!! gua dah ade lelaki idaman!

p/s9; serius gay!!!!

p/s10; ni la p/s paling banyak di antara p/s-p/s.




2 comments:

  1. jude law mmg hensem!!semtujuuu!
    alang2 nk gay biar piley laki hensem mcm jude law..gitewww~

    ReplyDelete

laju sikit taip tu woii!!!!