Tuesday, August 31, 2010

49- Hak Milik

Gua xnak ambik port pon berkenaan pos kt atas-atas ni, sbb gua mlas nak baca ayat yang ditulis dalam bahasa England. Lagi satu gua pon dah lama tak mengamalkan cakap bahasa England , gua Cuma mengucapkan faking je hari-hari. Tu pon dah lari dia punya tune, dr fucking ke faking! Sekarang gua lebih bnyak berkomunikasi dalm bahasa utaramemandangkan tempat kerja gua semua bertutur slanga utara, utara yg belah mana gua pon tak tahu.kutub utara kot.

Gua tak kesah benda ni jadi ke tak jadi, nak buat bila, sapa pegi ngn sapa tak pegi. Gua Cuma nak jawab soalan yang Maw tanya, pasal nak makan kat mana. Korang ni seolah mengabaikan soklan Maw dengan membawa isu-isu di luar lingkaran soalan yang diutarakan oleh Maw. Korang tak kesian kat Maw ke? Beliau dah la ada balak yang matang, tunggu nak tebang je.

Berdasarkan pengalman gua merempit dan merayau sepanjang sem ni, gua ada nak propose 2,3 tempat yang gua rasa seswai benor untuk dikunjungi di bulan remdan ni.

1. RESTORAN HAJI SHARIN LOW

restoran ni kat Bukit antarabangsa on de way nk g rumah Wen,hehehe. Ni restoran cina muslim lebih kureng ngn Abdullah Chan la. Yang specialnya yg ni rare cket, menu dia lagi banyak dan sedap lg klu nak compare ngn dia punya pesaing. Lagi pon location dia dkat Bukit Antarabangsa,bila lg nk g pusim-pusim kat sana woi!!! Dah la situ dekat ngn rumah siti nurhaliza, untung2 boleh tengok dia keluar rumah pakai tshirt pagoda siram bunga. Kat sini ade pakej oder-oder ngan pakej makan besar.Gua syorkan we alls makan oder-oder je. Sebab time gua pegi hari tu gua makan oder-oder gak, dia pnya harga takde la mahal macam aifon, standard K.Lompo je. Klu oder goren-goren tu dalam 6-7 ringit, air dia plak dalam lingkungan 4-5 ringit. Berdasarkan bajet yg dibentangkan oleh Awek Ikhu td, gua rasa dah cukup nak support belanja we alls! Dalam RM15 sekepala, sapa bawak kepala lebih sendiri tanggung.

2. MURNI DISCOVERY

Time-time korang menjalani foundation dulu korang pernah pegi Restoran Murni dekat SS2 tak? Klu xpegi pon pernah dengar tak? Xkan tak familiar lgsong dgn tempat tu? Tapi Murni Discovery ni bukan yang tu, yang kat SS2 tu barai ,gua kompem awek-awek urban msti xnak follow klu nk pegi Murni yg kat SS2 tu, konon geli nak makan tepi longkang. Ni Murni versi bru, Murni Discovery ni super updated, lg up dr Williams! Menu-menu dia lebh kurang ngn murni dekat SS2 tu, so sape2 yg familiar ngn old skool pnya murni msti xdak hal nak oder-oder ape. Murni Discovery ni lg special sbb dia buat ala-ala kopitiam, ikut trend skang la, nk penuhi permintaan awek-awek urban kot, siap ade ekon lg. Tempat untuk isap rokok pon ade, so para-para perokok tak perlu gusar skiranya ingin berkunjung ke sini. Tempat dia ni area Sunway klu spesifik gua xtau apa nama tempat tu, klu jalan inshallah gua tau walaupon ingat-ingat lupa. Gua pon jumpa secara kebetulan ari tu sebab tersesat jaoh,kehkehkeh. Bajet dalm RM15 sorang gua dah rasa cukup dah klu tak masuk skali ngn fries. *bagi sape2 yg tak familiar ngn murni, kt sini ade hidang semua benda goren-goren, western dan mamak!

3. LE CHATEAU de PUAH (*gua pon xtahu apa mksud dia, ari tu nak tnya akak yg jaga kesher tu gua segan.)

Tempat ni ponya style ala2 urban jugak. Dia ala2 Bora Ombak yg berat2 sebelah arab sikit. Kat sini bukan je berhala yg macam kt Bora Ombak tu ade di merata-rata, dia siap ade obelisk lg. Dia pnya interior mmang layan,klu bdak interior pegi mau menagis seko-seko. Ade ekon, sape dosa bnyak, tak perlu khuatir, lu kompem sejuk punya! Kt sini jugak ade WI-fi, agak –agak sape yg xleh nak berenggan ngn fesbuk tu boleh la bawk laptop, kot2 ade orang komen status lu. Satu lg yg rare, kat sini ade spa seswai untuk golongan yg memntigkan kecantikan diri. Dia punya modus operandi gua xberapa nk sure, sebab ari tu gua ade bace je dia pnya perkhidmatan. Tak sempat nak mencoba sebab gua nk pegi makan, kejadahnya gua nk pegi usha spa plak woi!!!! Lokasi restoran ni bertempat di batu 3, jalan Gombak senang citer jalan yang nk ke Otaiking! Dekat area2 situla. Kat sini ade menghidangkan Malaysian food(goren-goren la tu) Central asia food (mknan arab) ngan western food (makanan western). Harga dia pon standard KLompo gak, rm5-7 untk malay food, rm 8-10 untk western Cuma makana arab mahal cket, smua >rm10, plng murah bley dpt rm12.90 sen. Amacam?? Art tak tmpat ni, gua xdak SLR la nk ambik gambar aritu, klu tak, bleh belagak ngn koram. Klu gua ade SLR pon gua xnak ambk gambar, xde kerja gua nk trkinja2 ambik gamba kat tempat ramai anak jati kolompo ni.

4. SABA MIDLLE EASTERN CUISINE RESTAURANT

Haha! Yg ni memng spesel cket, Saba (nama pendek beliau) ni menyediakan makanan Arab-arab. Klu kt UIA ni kitoram semua pangil makanan forenjer! Makanan Arab kt sini mmg bnyak! smpi trkeliru gua nak buat pilihan.jenis yang rare2 pon ade. Tp makanan kt sini agak mahal cket sebab mengikut harga piawai makanan forenjer sedunia yakni klu bjet rm15 sekepala memang air kenabayar senirik la bai, kat sini juga ade jual air barbican macam-macam type ade! Harga mmg standard barbican iaitu rm3. Gua pon bru skali menjejak kaki kt sini, menu2 dia xsempat nk explore sangat disebabkan gua pegi hari jumaat sblom sembahyang jumaat,paham-paham la keadan agak kucar-kacir cket. Orang ramai berkata, kat sini lg murah dan besh shangat klu nak komper ngn kedai –kedai makan Arab yg len. So berbalooi la klu nak ubah selera kadang-kadang. Yg spesel nya ngn restoren ni dia terletak kt cyberjaya, 5km je dr lingkarang teknorat timur (tempat gua prektikal tu) kehkehkeh...nanti gua buley eksen kt koram semua tempat gua prektikal!!hahhaah *gua tau yg ni kompem kena rijek!

5. FLAMMING STEAMBOAT

Ya yang ni mengamalkan konsep yg digemari oleh orang ramai iaitu buffet! Bertempat betol2 di sebelah Sunway Pyramid, trjumpa time buat sesi lawatan sambil berhibur ke sunway pyramid tempoh hari! Terdapat ruang berhawa dingin & free air utk yang nk merokok. So koram leh pilih mana-mana yang dirasakan selesa.Gua syak awek-awek urban mesti nak lepak dalam ruang berhawa dingin. Sapa yang nak merokok makan sorang-sorang. Di sini memang betul-betul true seafood steamboat! Dia punya sefud memang tak main-main semua sea creatures ade kat sini, lu cakap je nak makan ape! Dari udang, sotong, lala, kepah, tiram, ketam, entak, obor-obor, nemo dan macam-macam lg, spongebob ngn Patrick gua tak sure. Harga bagi gua x mahal sangat, just berpatutan sebab x kira jam skali makan berbanding sesetengah tempat. Bayaran yang dikenakan just rm20.90 utk dewasa, kira tambah 2 ringit je dr bbq land manakala rm8.90 utk kanak-kanak yang berumur antara 4- 10 tahun. Kira dah save bajet, sebab Mira komform bayar separuh. Air –air kat sini pon bervariasi , xdelah mengadap sarsi ngn sirap je mcm kt bbq land tu, siap ade eskrem lagi! Standby buat pujuk bdak-bdak menangis bagi saper yg bawak anak kecik(tak perlu rungsing klu tiba-tiba Mira buat perangai nak balik rumah ke, nak bantal busuk ke). Dan satu lg kt sini takde bakar-bakar, dah namenya steamboat ko nk bakar ape lagi woii!!!! Series gua cakap kt sini memang terbaek!!lg terbaek drpd Maw, walopon beza 3 ringit ngn bbq land tp dia punya kualti berganda-ganda. Awek-awek urban mesti suka, gua syak kt sini ade Wi-fi gak, sebab time gua pegi dulu gua tgok ade sorang makwe bwk laptop. Takkan beliau pnya laptop bleh wak rebus sosej plak msti la dia wak usha fesbuk. Try la bwk laptop sebab gua pon xkonform sgt status Wi-fi dia tu, gua pegi makan bkan nk pg maen fesbuk woii!!! Klu nak men fesbuk bek gua dok bilik! bleh bukak-bukak baju, duduk terkangkang-kangkang,masuk tangan dalam seluar.

Gua rase cukup la 5 proposal gua bagi ni, klu bagi bnyak-banyak buat serabut je nak pilih. Lagi pun ni je tempat gua rase seswai untuk bawak awek-awek. Tempat lain yang gua pegi memang tak tune ngn selera awek-awek zaman moden ni, gua pon dh penat menaip nkgi mndi-mandi pastu teraweh plak, berak pon blom lg nih. Sori ar sebab mengarut panjang-panjang, at least gua jawab soklan Maw,xdela nmpak kesian sangat.

+

+

+

+

*gua pos benda ni balik sebab mengikut arahan En Dee , menurut beliau benda-benda macam ni kena pos kat blog.mengikut beliau karya-karya para 'GRINDERS' yang melebihi 120 patah perkataan di dunia maya otomatik jadi hak milik blog. Tak leh simpan lame-lame dalam inbox, nanti basi. makan benda basi nanti sakit perut.

1 comment:

laju sikit taip tu woii!!!!