Friday, August 13, 2010

'Samanlah kalau nak'










apa-apa pon saya tetap TASTE hamdi.





KUALA LUMPUR: “Kalau dia hendak saman saya... samanlah, saya hanya mempertahankan kebenaran,” kata penyanyi Amylea Azizan berhubung dakwaan lagunya diciplak bekas anggota Infinatez, Mohd Andi Ariffin Merican.
Amylea, 24, mendakwa Andi tidak membaca kenyataan medianya sebelum ini dengan jelas sehingga tidak faham apa yang disampaikannya.(kata MRSM,xkan bace pon xreti.Ni mst pemahaman dulu kantoi!!)


“Saya tidak mengatakan lirik atau susunan lagunya sama 100 peratus dengan Solo ciptaan saya. Ia sesuatu yang subjektif tetapi saya tahu itu adalah lagu saya berdasarkan ‘feel’ R&B yang dibawa dalam single pertama dia.


“Ia bukan satu kebetulan kerana Andi pernah mendengar demo dan amat berminat untuk mendapatkan lagu itu tetapi disebabkan wujud masalah, saya tidak dapat memberikan lagu itu sehinggalah dia tampil dengan single dengan tajuk sama iaitu Solo,” katanya yang dihubungi, semalam.(Ni mesti sebab dia sebok ngan IRC)


Menurutnya, sepanjang tempoh Andi gagal mendapatkan lagu itu, komposer dan penulis lirik berkenaan menghantar pelbagai SMS termasuk berbentuk ugutan kepadanya.


“Saya ada merujuk kepada beberapa pihak termasuk ibu saya dan dinasihatkan supaya tidak memadamkan SMS itu. Saya bukan mahu mencipta kontroversi melalui pendedahan perkara ini, kalau saya hendak publisiti lebih baik ia hanya membabitkan diri saya saja bukan dengan cara bergaduh dengan orang lain.


“Saya buat begini sebab saya mahu mempertahankan hak kerana selain daripada saingan sengit daripada penyanyi lain, peniruan itu juga menyebabkan pendengar tidak tahu mengenai lagu Solo saya kecuali peminat setia saja,” katanya. Mengenai kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Andi mensabotaj lagunya menerusi pelancaran Solo, Amylea menjelaskan dia hanya memberi kiasan kerana penyanyi itu mempunyai wang dan berkemampuan mengadakan majlis khas pelancaran.(Kompem duit IRC!,duit mmi kleb msti ade skali ni)


“Tidak seperti saya, pelancaran hanya melalui Facebook saja dan kalau dia adakan majlis itu sekalipun, saya bukan tahu,” katanya. Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia dan One In A Million itu berkata, dia masih baru dalam bidang itu tetapi kenapa ada pihak sanggup ‘membuli’ serta mencuri kreativitinya.


“Saya cukup tertekan dengan perkara ini. Kami sama-sama dalam industri dan sepatutnya dia simpati dengan orang baru macam saya bukan ‘memijak’ saya,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan Andi menjelaskan lagunya tidak ada persamaan langsung dengan lagu Amylea kerana single pertamanya itu bukan 100 peratus dihasilkan sebaliknya secara kumpulan malah jika dibandingkan secara profesional, lagu Solo tiada persamaan dari segi melodi dan lirik.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kemah mung ta..ni blog artis gado gado ke ta..hahaha

    ReplyDelete

laju sikit taip tu woii!!!!