Thursday, September 30, 2010
73- Joging Movie
Hey semboram
koram kijam
Kalau ade rezeki ngan masa mengizinkan kita, petang esok nengok citer anjing la pulok.Khas unntuk wakil proton ngan bebudak TM jer, orang FRIM dok diam-diam.kalau rase borim-borim pergi jogin kat dalam FRIM tu ngn N-TAK, lepak-lepak kat air terjun ke.
gua dengar Movie ni ade kaitan ngan freemason jugak, gua malas nak wak research. sapa-sapa rajin try ler gugle.
Wasalam~ Out
72- Grind Bas Sekolah
Wednesday, September 29, 2010
71 - GUA TADAK 'ANGIN' NAK APDET BLOG!
hye sengsoram~
did u see my grinder?
gua xde alasan kukuh nak apdet blog,tp gua taip gak ngan kadar yg repek2..pagi td kitorang dak2 FRIM dilewati oleh Mdm Ati..acara lawatan xformal berjalan lancar tampa sebarang protes mahupun demonstrasi dari mane2 pihak.dengan muke paling kiut kitoram sambut Mdm yg secara tidak langsungnya terlajak smpai air terjun td..hehe..siap2 je Mdm borak2,ngumpat2 kitorang lebih kurang,dia klua bincang ngan kitoram plak..cite nak baik je,mujo Mdm pasrah dapat anak murid cm kitoram,nak taknak bliau ukir gak senyuman walaupun keje ukir2 kayu blambak lagi kat bengkel blakang opis neh.
* * *
bok bek bok bek borak,Mdm bagi idea bernas,ngajo kitoram ponteng kej pi ngeteh (pekene teh). slambe je klua time2 supervisory kitoram tadak..haha..bok bek bok bek lagi borak ngn Mdm,tibe tibe Mdm kua cite pasal mamat yg kite sumeoram rindui,saudara Asmimi Sulaiman @ Amy Pirez <-- name FACEBOOK dye...
ade cite yg gempar sal mamat yg lari ke lombok neh..cite ape..nnti gua apdet..
Asmimi..apsal ko banyak ragam woi sem ni! cam celake,ko tau tak ko da nak kne BAR!
WASsalam~OUT
70- Kuasa Angin
Tuesday, September 28, 2010
69-Suatu Haari Di Hari Raya
hai semoram
uia kijam ker?
Takkan nak dengar ceghita wakil proton je?
apa kejadah nya?
Budak TM pon, ade ceghito jugak..ye dak?
0600(lebih kurang): gua jage dr tidur, genyeh mata lebih kurang lpas tu gua tejun katil.
0610: gua bingkas bangun dengan penuh bersemangat, tiada istilah ‘black Monday, ‘Monday bluritys’ ;’morning sickness’ dlm hidup gua. Hari-hari gua semua elok-elok belaka. Gua pecut laju ke tandas ambik air semayang memandangkan matahari dah mula nak ”up”.
0620: gua on pc, bukak internet chek result bola malam tadi, cek poin fantasi,cek fesbuk dulu kot-kot orang yang gua kutuk semalam balas komen-komen gua yang menyentuh kalbu tu.
0630: slow-slow gi mandi, berak lebih kurang, gosok gigi lebih kurang,basuh muka lebih kurang, main sabun lebih kurang. Walaupun semua benda lebih kurang tapi makan masa berjam-jam jugak kalau gua mandi. Gua pon tak paham, kena mandi bunga gamaknya nih.
0715: dress up lebih kurang, tempek bedak ala kadar, seting rambut sikit-sikit, isap rokok sepam dua pastu gua ambik kunci capai Arai terus gerak.
0730: warmin up gua punya pacuan dua roda, ikut kate brander “motor ni kena kasi gerak dulu, dia pon tido macam kite” ye dak? gua kasi panas motor lebih kurang pastu gerak.
0740: tak sempat nak jumpa ras ngn din oi, gua syak din oi tu dah tersengih-sengih kat opis dia, Ras gua no komen. Nasi baik budak sekolah wangsa maju dah masok kelas , kalau tak memang gua kena meredah lautan budak sekolah wangsa maju yang majority nya semua bru nak up.
0800: Naik MEX, (sejenis lebuhraya yg menghubungkan KL-CYBERJAYA). Kat ats MEX gua tak jumpa benda yang besar-besar, sebab tak ramai orang nak gi cyberjaya pagi-pagi ni. Yang berduyun-duyun semua nak ke KL, dah namanya lubuk rezeki, ye dak? Gua merempit dengan penuh tenang sambil-sambil nyayi lagu ‘kini’ dendangan Feminin. Kalu lalu ikut MEX ni dapat la jugak hirup udara segar sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang menghijau.
0830: sampai kat TMRND, gua terus pakin motor(tiada masalah kekurangan pakin motor di sini , siap ade lebih-lebih lagi kalau yang jenis busuk hati nak pakin melentang pon boleh) , swipe card , pastu direct gi café. Kat café gua baru teringat hari ni ade acara makan-makan macam setan. Kejadah nya gua nak breakfast! bazir duit rakyat je?
0835: masuk opis, baru ade sekor dua yg datang, lampu opis tutup lagi. Gua laras kerusi, ikut sedap tubuh pastu gua pejam mata. Omputih kate ‘nap’.
0900: lampu opis nyala, gua celik mata tengok dah ramai makhluk kat dalam opis. Gua on PC, baca kosmo, ape jadi kat sosilawati hari ni? Klik-klik lebih kurang. Berita Manchester seri gua tak baca langsung, kejadahnya seri pon nak kecoh kat suratkabar! Tu belum kira menang lagi. Pasal komanwel india lagi la, malas gua nak fikir, dalam dunia yang serba Freemason ni macam-macam boleh jadi.
0910: latip baru sampai. beliau angguk kepala kat gua , gua balas dengan beberapa kuntuman senyuman mesra. Sebenarnya we all agak panik sebab hari ni ada majlis jamu-menjamu sempena hari raya. Kitoram ditugaskan untuk membekalkan air mineral untuk seluruh warga opis ni, takot tercekik time makan rendang.Nama je mineral water, nak mencari nye satu kerja jugak! Pagi-pagi lagi gua plan ngn latip nak curi-curi keluar ke Alamandul kejap cari mineral water.
0920: supervisor gua bru sampai, ,masok ngn keadaan tersengih-sengih dan gabra . Rupa-rupanya beliau pon tak prepare apa-apa jugak. Beliau ajak we all gerak sekali pergi membeli-belah kat Alamandul. Naseb baek la ade Alamandul...
1000: gerak ke alamandul ngn kereta sepevesa gua, dalam kereta masing-masing senyap. Tak de apa sangat nak disembangkan pagi-pagi dalam kereta ni, sekali-sekala je bunyi rungutan sepervesa gua kedengaran. Mungkin beliau mengalami ‚’black Monday’ seperti wakil proton.
1030: sampai alamandul supervesa gua baham pakin tengah jalan, beliau suruh kitoram tunggu kejap sebab dia nak pegi cuci-cuci gambar yang beliau tangkap time raya hari tu. ‚’dalam hati gua sempat menyampuk ; kotor ke gambar tu nak kena cuci? memandangkan jarak antara putrajaya ngn cyberjaya ni boleh tahan jauh jugak kalau nak jalan kaki , gua pendam kemas perasaan ingin tahu gua tu dalam kalbu.
1035: sambil–sambil tungu supervesa gua pergi cuci gambar,yang mungkin kotor tu tadi, kitoram sempat jugak membuat ‘observation’ terhadap kereta supervesa gua. Baru hari ni gua sedar proton ni jenis buat kereta ikut sedap je, tak de langsung nak pikir pasal ergonomik ke, ease of use, colour selection, material ngan fabrik lg lah hancur, bundesliga,kumpulan bendera. Wakil proton kena ambik berat hal-hal macam ni, baru lah proton kejadah boleh cari makan.
1040: supervesa gua datang balik, dia ajak pegi mydin, beliau kata kat mydin benda-benda runcit lagi murah. Dia cakap kalu nak tunggu gambar dia siap cuci lama lagi dalam dua jam, mungkin kotor bebenar dia punya gambar sampai berejam-jam nak mencuci, ye dak? Gua ade jugak terdetik di hati nak tanya; ‚’kotor sangat ke gambar tu?’ tapi sekali lagi gua terpaksa akur dengan jarak di antara cyberjaya ngan putrajaya.
1050: Sampai mydin gua terus pecut sambar air mineral sekotak pegi bayar . dalam sepantas kilat gua buat semua tu, nak senyum kat cashier pon tak sempat. Takde toleh-toleh belakang dah. Dalam benak , dok piker makanan sedap-sedap je !
1105: patah balik ke Alamandul, sebab nak ambil gambar supervesa gua yang baru cuci tadi, kali ni supervesa gua pakin tempat ade tiket plak. Gua dah berpuluh kali sampai Alamandul ni, tapi ni la first time gua masuk kat tempat pakin kereta. Biasa-biase je tempat pakin dia, mungkin takdak ribena kot.
1110: masuk Alamandul, pusim-pusim kejap. Gua punya supervesa call kedai gambar,kedai gambar cakap tak siap lagi, mungkin kotoran degil kot. Kitoram sambung pusim-pusim, perut ngn otak gua dok piker makanan je, dok rangka strategi camne nak makan lepas ni. Lepas tu kitoram lalu depan kedai chicken rice shop, gua pon buat-buat terliur usha dalam kedai tu.
Tiba-tiba sepervesa gua bersuara ;orang kata chicken rice shop ni tak halal’
‘tu ada logo halal’ bentak gua sambil ponting to the HALAL logo paste at the dinding kedai tu.
‘logo halal JAKIM , sapa-sapa pon boleh beli’, jawab supervesa gua tak nak kalah.
Lepas tu bermula la syarahan panjang supervesa gua tentang isu halal yang semakin berlarutan dewasa ini. ‘…..halal tampal je…bla..blaa..sushi king…bla..arak cuka…bla..bla..asal takde babi semua halal…blabla..tukang masak cina..JAKIM tak pantau..bla..blaa..restoran pelik-pelik takde tanda halal..orang melayu main masuk je..bla..bla ayam penyet..sukam komanwel..bla..awang hitam..bla..bayern munich kalah lagi…duit lumba kuda..bla..blaa..hisap rokok..asal ada wifi semua jadi halal..bla..blaa..bla dan blaa bla lagi’,gua pon tak ingat sangat, apa beliau cakap banyak input yang gua terima tak sempat nak susun. Kitoram angguk-angguk kepala tanda setuju , nak menunjukkan kitoram ni peka dengam masalah yang melanda umat islam kini dalam dunia yang serba freemason ni.
1130: agaknya disebabkan panjang sangat memberi syarahan percuma, supervesa gua kering tekak. Beliau pon mengajak ktoram minum, kitoram follow je langkah kecil supervesa kitoram. cara beliau mengajak kitoram tadi menunjukkan seolah-olah beliau nak belanja kitoram jer. Lepas tu sampai la depan satu kedai, supervesa gua cakap kita minum kat sini la.????gua jadi keliru??? Mula merasakan freemason ni betul-betul wujud. Bukan ke menatang Old Town White Coffe ni ke yang orang dok sembang pungpang2 kat fesbuk tu,?? ya depa petikaikan status halal kedai kopi ni? Tak habis-habis gua kena tag pasal kedai kopi ni,sampai berpuluh-puluh notification, buat hilang semangat je gua nak berfesbuk. Baru gua sedar supervesa gua ni jenis tak boleh nak pakai jugak.
1135: brader yang keje kat kedai kopi Old Town ni, datang ambik oder. Brader yang datang ambik oder ni cina, gua harap-harap yang bancuh kopi kat dalam tu bukan sebangsa ngn brader ni. Gua main oder je, bukan gua biasa sangat makan-makan kat tempat macam ni. Sambil –sambil tunggu oder tu gua sempat usha kat wall kedai ni ade tak paste any logo Halal,nak kata logo halal ? logo 1malaysia pon they all tak letak! Hati gua bertambah curiga.
1145: oder kitoram sampai, gua persaan brader yang hantar air tu senyum kat gua. Orang kata senyum celaka. Secara tak langsung gua terlibat dalam agenda freemason. Gua minum air yang harga enam ringgit lebih segelas dengan penuh was-was. Kenikmatan jelas telah diragut oleh perasaan bercampur baur dalam hati gua ni.
1200: habis minum-minum, supevesa gua panggil brader ambik oder tadi,bagi duit kat beliau. Brader tu buat muka puas, puak-puak freemason yang kat atas sana tu, buat muka apa pon gua tak pasti, bila melihat kejayaan mereka meporak-perandakan umat islam di seluruh bumi malaysia ni. Pastu kitoram direct pegi kedai gambar tempat supervesa hantar gambar dia. Time gua masok kedai tu tadi , takde la plak bau sabun , softlan ke, clorok ke. Gua betol-betol heran.
1215: bergerak balik, ke cyberjaya. Dalam kereta masing2 dok bercerita tentang keterujaan nak menjamu selera kejap lagi. Gua syak ,’black Monday’ supervesa gua dah habis kot lepas pekena ‘white coffe hazelnut tadi’.
1230: sampai-sampai je kat opis, gua terus meluru ke tempat kejadian jamu-menjamu selera tadi. Dengan berjalan terhegeh-hegeh bawak sekotak air mineral yang dibeli kat mydin, dari luar lagi gua dapat bau aroma yang mengusik kalbu. Gua terjah masuk tak bagi salam langsung, letak kotak air mineral bawah meja. Sambar sate dalam berbelas cucuk,pegi dok jauh-jauh makam soram-soram, tak hirau orang keliling.
0100-0500: gua makan tak henti-henti, kadang-kadang silih dengan hilai tawa sampai ke petang. Juadah pon bertukar ganti.
*ni yang gua tak berapa berkenan kalau gua start menulis, mesti meleret-leret.
Wasalam~Out
68-Teringat ikan keli Mami...
Noryah pada sidang akhbar di Bukit Amanwan
KUALA LUMPUR - Kes jual beli tanah di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh peguam K. Patmanaban merupakan antara 290 kes membabitkan peguam yang disenaraikan dalam siasatan kes-kes jenayah komersial yang sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md. Anvar berkata, polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk penipuan penjualan tanah dan rumah.
"Salah satu kes yang sedang disiasat oleh JSJK ialah kes jual beli tanah yang dikendalikan peguam yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya," kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah.
Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang deposit penjualan dua bidang tanah bernilai lebih RM25 juta di Pulau Pinang.
Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, dan pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
*Mami da jadi polis... x merase nk mkn ikan keli cabai lg kt kepe Kaed Ma Airo...
harap bersabar kepada sume penggemar ikan keli Mami....
WASsalam~~~OUT
Monday, September 27, 2010
66 - XTVT PETANG KAM
TM kijam~~
suh dak praktikal cari air mineral je~~~
patang ni bos AAD saudara pagad ngn dak2 junier ade match shuffle kat padang ali..gua harap gua sempat smpai ke lokasi sbb gua diberi tanggungjawab jadi ketua pasukan sorak..dengar cite team AAD ade step baru..pagad baru usha dlm utube mlm td..tp keadaan sikit gelabah sbb pagad xde kasut nak shuffle..dia mintak gua cepat2 balik uia sbb nak pinjam kasut wakil proton..gua xdapat nak janji,kalau pertubuhan freemason xde rancang ape2 agenda kat highway nnti boleh la gua smapi awl..gua nak sokong AAD petang ni..orang kuat AAD saudara asbunta amat dinanti2kan(harap dye pakai baju ungu lagi)kahkahkah..kalo menang dak2 AAD ptg nnti,gua blanje air waterkuler sorang stuguk..itu janji gua..
kalo gua ttido ptg nnti gua mintak maaf..gua syak gua akan tido je sbb da jadi rutin plak tido pas balik keje..hahaha
WASsalam~OUT
66-Segmen borim_kata kata pertama dr supevisa
Salam~in
disebabkan mode borim melanda..
gua rasa cam nk tulih aktiviti gua pg ni dimana; p/u dimalarkan- masa, paksi-y;
p/u bergrak bls-bdn gua, paksi-x...
kul6.15- bangun woi bangun..pang3..dinding kayu di ketuk.."de bgn awal plak smenjak due menjak nih..'must bath' pe" benak gua berkate...
kul6.20-mls gle...ni la kut simptom 'black monday' yg diperkatekan oleh fareez khan mase abeh semayang taraweh kt mesjid bulan lepas...
kul6.46-gerak..adoi fajar sadiq dah menyinsing dowh!
kul6.50- din Oi ngan rasdi ngah deting kt busstop aminah...gua lambai tgn..rasdi je bls..oi cam bese wat muke kerek...
kul7.05- brenti isi minyak kt petronas..tmpt taya latep rosak semalam..
kul7.06-sambung merempit 120km/j...moto besa, kete besa, lori besa, van besa, sume gua kasik breakfast asap gua...
kul7.36-time standed moto2 bergelimpangan kt ats jln moto kesas...
kul7.46-sampe destinasi...paking bwh pokok...bwh bumbung sah2 dah full.."koram umah dekat bleh ar.." cetus gua dlm ati...
kul7.56-swipe...bleh la tuh..doram da exercise..gua join time tarik napas je..
kul8.00-bukak destop.. bia nmpk cam dh lame dtg..
kul8.01-supevisa gua senyapje...pi berak luu~
kul8.36-setel berak..masuk balik
kul8.40-bukak katia..tp x de lesen..hadoih..xbley wat keje..supevisa gua senyapje..
kul9.00-xdpt lesen lg..supevisa gua senyapje..
kul9.15-xdpt lg lesen..supevisa gua senyapje lg..
kul9.36-xdpt lg lesen..gua da stat nk borim..supevisa gua senyap je lg..
kul9.46-xdpt lg lesen..gua stat hilang punca dan baca hilang punca.. supevisa gua senyap je lg...
kul10.00-x dpt lg lesen..gua dah x keruan..supevisa gua senyap je..
kul10.16-akhernye supevisa gua memberikan kata kata pertama beliau..
" dah siap keje amdi..?" err..gua kaverline "dah siap dah.."
mmg itu yg gua tgu sbb dr ari jemaat lg gua dah siap n tgu beliau tanye je... he he he
kul10.25-berkat supevisa gua bersuare..gua dh bjaye dpt lesen katia..
kul10.30-trun rehat jap..mabuk gle rase...mkn karipap ngan roti telo..
err..sampe rehat je jadual gua.. gua dah xde moood~~~~~~~~~
WASsalam~~~OUT
p/s:mintak mahap semoram..segmen ini ditulih dalam mode'hilang punca'
Friday, September 24, 2010
65-Jamuan Aidilfitri 1431 Hijrah
64 - LUAHAN PERAMSAAN
Thursday, September 23, 2010
63-Lu memang setail TA....cam pipiTApong
memang orait jew ah.....
Hai semoram~~
Alamandul kijam~~
ni gua nk tambah nasik sket ngan poster2 promo MUBI MARATON..
kasik dengki sket kat.... kat koram koram sume
har har harakah
Genre:Musical
Status:In Cinemas 23rd Sept 2010 (fesday kua arini g tgk trus kut..sapot filem mesia)
Director:Edry Abdul Halim
Language:Bahasa Malaysia
Cast:Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,Fimie Don, M. Nasir, Mawi,Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,Sharifah Aleya, Sharifah Amani,Vanidah Imran, Ziana Zain
Wednesday, September 22, 2010
62-Amacam, orait tak?
Tuesday, September 21, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Monday, September 6, 2010
59- dah agak dah..BRANDER BUAT HAL LAGI!!!!
titian gantung brande...
“Biasa saja la. Hari ini awak nampak sibuk, sebab pagi-pagi lagi pelancong sudah datang melawat ke sini,” jawabnya ramah.
Selain menjelajah hutan satu hingga dua jam sehari, adakalanya dia berjoging atau mengikuti kelas Tai Chi atau kelas Chiqong yang diadakan. Kebetulan, rumahnya di Selayang Jaya hanya terletak beberapa kilometer dari FRIM.
“Lagi pun suasananya begitu tenang dan mendamaikan. Setiap hari saya berpeluang bertemu rakan-rakan lama, menghirup udara segar dan nyaman membuatkan fikiran saya sentiasa tenang,” katanya yang merupakan suri rumah.
“Hampir seluruh spesies pokok-pokok yang terdapat di hutan di Semenanjung Malaysia terdapat di sini. Sebab itu, ia sering menjadi tumpuan para saintis dari dalam dan luar melakukan pelbagai kajian dan penyelidikan,” kata Ketua Unit Pengurusan Korporat, FRIM, Norhayati Nordin.
Katanya, salah satu lokasi yang wajib dikunjungi ialah Crown Shyness. Populariti lokasi itu menyebabkan krew daripada siri dokumentari National Geographic juga pernah mengadakan penggambaran di sini beberapa tahun lalu.
Menurut Norhayati, pengunjung juga boleh berkelah sambil bermandi-mandi di Sungai Kroh yang mengalir masuk ke kawasan ini.
Salah satu lokasi lain yang boleh dikunjungi ialah Taman Botani, Kepong. Di sini pengunjung akan berpeluang untuk mengenali beberapa tumbuhan herba di taman itu.
Bagi penggemar-penggemar aktiviti lasak basikal bukit, terdapat laluan khusus yang disediakan bagi tujuan itu.
Beliau berkata, pihaknya turut menyediakan kawasan berkhemah di Kem Perah kepada pengunjungyang ingin merasai suasana bermalam di situ.
“Selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti calet, tandas, kami juga menawarkan beberapa aktiviti menarik seperti ekspedisi jelajah malam yang pasti menjanjikan pengalaman mengujakan,” katanya yang memberitahu hanya 250 pengunjung dibenarkan melawat ke kawasan itu setiap hari.
“Terdapat pokok-pokok menjulang tinggi sehinggalah tumbuhan rendah bak lantai hutan terdapat di sini. Ia ibarat sebuah penerokaan ke alam semula jadi yang lengkap,” katanya yang pernah melawat hutan di beberapa negara seperti Thailand dan Amerika Syarikat sebelum ini.
Seorang lagi pelancong dari Jerman, Werner, 55, berkata, selain menjadi tempat riadah kawasan ini mampu menanamkan rasa kecintaan terhadap pentingnya usaha pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung khususnya kanak-kanak.
“Perlu juga diingat, hutan adalah antara elemen penting dalam mengimbangi ekosistem alam,” katanya.
57- Versi suratkabar plak... kesiam kt budak2 yg x bley tgk bidio yg di pos brander cam gua..
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
56 - KATA2 MAAF MUDAH KAN DIUCAP??
Sunday, September 5, 2010
55- SAMBUNGAN
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).
yahudi semakin menguasai malaysia!
creadit to : Tafsir Si PENULIS
BUKTI BERGAMBAR KESESATAN IKLAN PROMO AIDILFITRI OLEH TV3!
Iklan Penuh :
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
a) Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab
Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).