Showing posts with label arai. Show all posts
Showing posts with label arai. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

153~ Series Tak Series Lansum





roda sentiasa berputar.
sabun wangi akan busuk.
bunga akan hilang harumnya.
muda bawak ke tua.
sebelum terkena, berhati-hatilah di highway.
kalau jumpa polis.
polis akan saman dirimu.
kerna dirimu memungkiri cinta kita bersama.
biar padan muka engkau.
yang suka mempermaikan lagu-lagu sumbang
di pentas sunda ini.





naek sekuter ni gua rase mcm jude law dlm cite alfie la plak.





p/s; takde salam-in, takde wasallam-out. nak kira macamana ni?
p/s2; feras bercinta ni bukanlah benda paling babi dalam dunia, ada lagi benda lain yang lagi babi.
p/s3; baru gua teringat matapelajaran pendidkan seni sekolah gua dulu disebut sebaga PSV. Ade apehal?

Tuesday, September 28, 2010

69-Suatu Haari Di Hari Raya

Salam~In
hai semoram
uia kijam ker?
 
 
Takkan nak dengar ceghita wakil proton je?
apa kejadah nya?
Budak TM pon, ade ceghito jugak..ye dak?
 
 
0600(lebih kurang): gua jage dr tidur, genyeh mata lebih kurang lpas tu gua tejun katil.
 
0610: gua bingkas bangun dengan penuh bersemangat, tiada istilah ‘black Monday, ‘Monday bluritys’ ;’morning sickness’ dlm hidup gua. Hari-hari gua semua elok-elok belaka. Gua pecut laju ke tandas ambik air semayang memandangkan matahari dah mula nak ”up”.
 
0620:  gua on pc, bukak internet chek result bola malam tadi, cek poin fantasi,cek fesbuk dulu kot-kot orang yang gua kutuk semalam balas komen-komen gua yang menyentuh kalbu tu.
 
 
0630: slow-slow gi mandi, berak lebih kurang, gosok gigi lebih kurang,basuh muka lebih kurang, main sabun lebih kurang. Walaupun semua benda lebih kurang tapi makan masa berjam-jam jugak kalau gua mandi. Gua pon tak paham, kena mandi bunga gamaknya nih.
 
0715: dress up lebih kurang, tempek bedak ala kadar, seting rambut sikit-sikit, isap rokok sepam dua pastu gua ambik kunci capai Arai terus gerak.
 
0730:  warmin up gua punya pacuan dua roda, ikut kate brander “motor ni kena kasi gerak dulu, dia pon tido macam kite” ye dak? gua kasi panas motor lebih kurang pastu gerak.
 
0740: tak sempat nak jumpa ras ngn din oi, gua syak din oi tu dah tersengih-sengih kat opis dia, Ras gua no komen. Nasi baik budak sekolah wangsa maju dah masok kelas , kalau tak memang gua kena meredah lautan budak sekolah wangsa maju yang majority nya semua bru nak up.
 
0800: Naik MEX, (sejenis lebuhraya yg menghubungkan KL-CYBERJAYA). Kat ats MEX gua tak jumpa benda yang besar-besar, sebab tak ramai orang nak gi cyberjaya pagi-pagi ni. Yang berduyun-duyun semua nak ke KL, dah namanya lubuk rezeki, ye dak? Gua merempit dengan penuh tenang sambil-sambil nyayi lagu ‘kini’ dendangan Feminin. Kalu lalu ikut MEX ni dapat la jugak hirup udara segar sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang menghijau.
 
0830: sampai kat TMRND, gua terus pakin motor(tiada masalah kekurangan pakin motor di sini , siap ade lebih-lebih lagi kalau yang jenis busuk hati nak pakin melentang pon boleh) , swipe card , pastu direct gi café. Kat café gua baru teringat hari ni ade acara makan-makan macam setan. Kejadah nya gua nak breakfast! bazir duit rakyat je?
 
0835: masuk opis, baru ade sekor dua yg datang, lampu opis tutup lagi. Gua laras kerusi, ikut sedap tubuh pastu gua pejam mata. Omputih kate ‘nap’.
 
0900: lampu opis nyala, gua celik mata tengok dah ramai makhluk kat dalam opis. Gua on PC, baca kosmo, ape jadi kat sosilawati hari ni? Klik-klik lebih kurang. Berita Manchester seri gua tak baca langsung, kejadahnya seri pon nak kecoh kat suratkabar! Tu belum kira menang lagi. Pasal komanwel india lagi la, malas gua nak fikir, dalam dunia yang serba Freemason ni macam-macam boleh jadi.
 
0910: latip baru sampai. beliau angguk kepala kat gua , gua balas dengan beberapa kuntuman senyuman mesra. Sebenarnya we all agak panik sebab hari ni ada majlis jamu-menjamu sempena hari raya. Kitoram ditugaskan untuk membekalkan air mineral untuk seluruh warga opis ni, takot tercekik time makan rendang.Nama je mineral water, nak mencari nye satu kerja jugak! Pagi-pagi lagi gua plan ngn latip nak curi-curi keluar ke Alamandul kejap cari mineral water.
 
0920:  supervisor gua bru sampai, ,masok ngn keadaan tersengih-sengih dan gabra . Rupa-rupanya beliau pon tak prepare apa-apa  jugak. Beliau ajak we all gerak sekali pergi membeli-belah kat Alamandul. Naseb baek la ade Alamandul...
 
1000: gerak ke alamandul ngn kereta sepevesa gua, dalam kereta masing-masing senyap. Tak de apa sangat  nak disembangkan pagi-pagi  dalam kereta ni, sekali-sekala je bunyi rungutan sepervesa gua kedengaran. Mungkin beliau mengalami ‚’black Monday’ seperti wakil proton.
 
1030: sampai alamandul supervesa gua baham pakin tengah jalan, beliau suruh kitoram tunggu kejap sebab dia nak pegi cuci-cuci gambar yang beliau tangkap time raya hari tu. ‚’dalam hati gua sempat menyampuk ; kotor ke gambar tu nak kena cuci? memandangkan jarak antara putrajaya ngn cyberjaya ni boleh tahan jauh jugak kalau nak jalan kaki , gua pendam kemas perasaan ingin tahu gua tu dalam kalbu.
 
1035: sambil–sambil tungu supervesa gua pergi cuci gambar,yang mungkin kotor tu tadi, kitoram sempat jugak membuat ‘observation’ terhadap kereta supervesa gua. Baru hari ni gua sedar proton ni jenis buat kereta ikut sedap je, tak de langsung nak pikir pasal ergonomik ke, ease of use, colour selection, material ngan fabrik lg lah hancur, bundesliga,kumpulan bendera. Wakil proton kena ambik berat hal-hal macam ni, baru lah proton kejadah boleh cari makan.
 
1040: supervesa gua datang balik, dia ajak pegi mydin, beliau kata kat mydin benda-benda runcit lagi murah. Dia cakap kalu nak tunggu gambar dia siap cuci lama lagi dalam dua jam,  mungkin kotor bebenar dia punya gambar sampai berejam-jam nak mencuci, ye dak? Gua ade jugak terdetik di hati nak tanya; ‚’kotor sangat ke gambar tu?’ tapi sekali lagi gua terpaksa akur dengan jarak di antara cyberjaya ngan putrajaya.

1050: Sampai mydin gua terus pecut sambar air mineral sekotak pegi bayar . dalam sepantas kilat gua buat semua tu, nak senyum kat cashier pon tak sempat. Takde toleh-toleh belakang dah. Dalam benak , dok piker makanan sedap-sedap je !
 
1105: patah balik ke Alamandul, sebab nak ambil gambar supervesa gua yang baru cuci tadi, kali ni supervesa gua pakin tempat ade tiket plak. Gua dah berpuluh kali sampai Alamandul ni, tapi ni la first time gua masuk kat tempat pakin kereta. Biasa-biase je tempat pakin dia, mungkin takdak ribena kot.
 
1110: masuk Alamandul, pusim-pusim kejap. Gua punya supervesa call kedai gambar,kedai gambar cakap tak siap lagi, mungkin kotoran degil kot. Kitoram sambung pusim-pusim, perut ngn otak gua dok piker makanan je, dok rangka strategi camne nak makan lepas ni. Lepas tu kitoram lalu depan kedai chicken rice shop, gua pon buat-buat terliur usha dalam kedai tu.

Tiba-tiba sepervesa gua bersuara ;orang kata chicken rice shop ni tak halal’
‘tu ada logo halal’ bentak gua sambil ponting to the HALAL logo paste at the dinding kedai tu.
‘logo halal JAKIM , sapa-sapa pon boleh beli’, jawab supervesa gua tak nak kalah.
Lepas tu bermula la syarahan panjang supervesa gua tentang isu halal yang semakin berlarutan dewasa ini. ‘…..halal tampal je…bla..blaa..sushi king…bla..arak cuka…bla..bla..asal takde babi semua halal…blabla..tukang masak cina..JAKIM tak pantau..bla..blaa..restoran pelik-pelik takde tanda halal..orang melayu main masuk je..bla..bla ayam penyet..sukam komanwel..bla..awang hitam..bla..bayern munich kalah lagi…duit lumba kuda..bla..blaa..hisap rokok..asal ada wifi semua jadi halal..bla..blaa..bla dan blaa bla lagi’,gua pon tak ingat sangat, apa beliau cakap banyak  input yang gua terima tak sempat nak susun. Kitoram angguk-angguk kepala tanda setuju , nak menunjukkan kitoram ni peka dengam masalah yang melanda umat islam kini dalam dunia yang serba freemason ni.
 
1130:  agaknya disebabkan panjang sangat memberi syarahan percuma, supervesa gua kering tekak. Beliau pon mengajak ktoram minum, kitoram follow je langkah kecil supervesa kitoram. cara beliau mengajak kitoram tadi menunjukkan seolah-olah beliau nak belanja kitoram jer. Lepas tu sampai la depan satu kedai, supervesa gua cakap kita minum kat sini la.????gua jadi keliru??? Mula merasakan freemason ni betul-betul wujud. Bukan ke menatang Old Town White Coffe ni ke yang orang dok sembang pungpang2 kat fesbuk tu,?? ya depa petikaikan status halal kedai kopi ni? Tak habis-habis gua kena tag pasal kedai kopi ni,sampai berpuluh-puluh notification, buat hilang semangat je gua nak berfesbuk. Baru gua sedar supervesa gua ni jenis tak boleh nak pakai jugak.
 
1135: brader yang keje kat kedai kopi Old Town ni, datang ambik oder. Brader yang datang ambik oder ni cina, gua harap-harap yang bancuh kopi kat dalam tu bukan sebangsa ngn brader ni. Gua main oder je, bukan gua biasa sangat makan-makan kat tempat macam ni. Sambil –sambil tunggu oder tu gua sempat usha kat wall kedai ni ade tak paste any logo Halal,nak kata logo halal ? logo 1malaysia pon they all tak letak! Hati gua bertambah curiga.
 
1145: oder kitoram sampai, gua persaan brader yang hantar air tu senyum kat gua. Orang kata senyum celaka. Secara tak langsung gua terlibat dalam agenda freemason. Gua minum air yang harga enam ringgit lebih segelas dengan penuh was-was. Kenikmatan jelas telah diragut oleh perasaan bercampur baur dalam hati gua ni.

1200: habis minum-minum, supevesa gua panggil brader ambik oder tadi,bagi duit kat beliau. Brader tu buat muka puas, puak-puak freemason yang kat atas sana tu, buat muka apa pon gua tak pasti, bila melihat kejayaan mereka meporak-perandakan umat islam di seluruh bumi malaysia ni. Pastu kitoram direct pegi kedai gambar tempat supervesa hantar gambar dia. Time gua masok kedai tu tadi , takde la plak bau sabun , softlan ke, clorok ke. Gua betol-betol heran.
 
1215: bergerak balik, ke cyberjaya. Dalam kereta masing2 dok bercerita tentang keterujaan nak menjamu selera kejap lagi. Gua syak ,’black Monday’ supervesa gua dah habis kot lepas pekena ‘white coffe hazelnut tadi’.
 
1230: sampai-sampai je kat opis, gua terus meluru ke tempat kejadian jamu-menjamu selera tadi. Dengan berjalan terhegeh-hegeh bawak sekotak air mineral yang dibeli kat mydin, dari luar lagi gua dapat bau aroma yang mengusik kalbu. Gua terjah masuk tak bagi salam langsung, letak kotak air mineral bawah meja. Sambar sate dalam berbelas cucuk,pegi dok jauh-jauh makam soram-soram, tak hirau orang keliling.
 
0100-0500: gua makan tak henti-henti, kadang-kadang silih dengan hilai tawa sampai ke petang. Juadah pon bertukar ganti.
 
 
 *ni yang gua tak berapa berkenan kalau gua start menulis, mesti meleret-leret.

Wasalam~Out
 

Tuesday, August 10, 2010

SECOND CHANCE buat bunta (sesi temuramah khas)



--------------------------------------------------------------------------------


"""LAMA tidak bertemu pelakon yang seorang ini - Nur Fazura Sharifuddin. Kali terakhir namanya menyemai sensasi apabila dikaitkan bercinta dengan kerabat diraja. Semarak isu tersebut, Fazura lebih senang membisu. Tidak ada kenyataan balas, tidak ada apa-apa. Ia kemudian sepi begitu sahaja.

Ironi bukan pertama kali isu percintaan Fauzra dengan beberapa lelaki yang dianggap tergolong dalam golongan ‘orang besar’ dihebahkan. Sejak tahun pertama menjejak kaki dalam lapangan ini, isu berantai itu tidak pernah putus. Namun tak ada satu pun yang lekat. Semuanya gara-gara sikap bijaksana wanita berusia 27 tahun ini mematikan semarak api tersebut.

Bersua dengannya pada acara pelancaran himpunan eksklusif Aidilfitri pereka busana Rizman Huzaini baru-baru ini, Fazura yang masih ramah dan manis senyuman mengaku dia kini bimbang berhadapan media. Apa lagi memberi kenyataan. Takut disalah erti oleh banyak pihak yang membaca, terutama pada isu jodoh dengan lelaki yang bakal menjadi payung hidupnya satu masa kelak.

“Jujur, saya sekarang sedikit takut nak buka mulut pada media. Takut salah cakap,” katanya. Membiarkan dia membuang kebimbangan yang diluahkan, Fazura kemudian mula selesa.






MENGAKU hatinya sudah dimiliki namun itu bukan tanda dia akan segera mengakhiri zaman solonya. "tengok ta...ade can lagi nih...die tunggu ko nih"

--------------------------------------------------------------------------------

Saya tanya Fazura persepsi tentang dirinya yang selalu dikaitkan dengan lelaki golongan berada. Dia senyum dan kemudian memberi alasan rasional.

Katanya sebagai wanita biasa, dia juga berkawan dengan golongan lelaki biasa. Dia juga tidak memilih darjat untuk bercinta kerana bukan harta benda yang dikejar untuk sebuah kebahagiaan. Sebaliknya sifat saling memiliki, menghormati dan kefahaman yang selari.



“Saya bukan hanya bercinta dengan orang berada. Saya juga pernah bersama degan lelaki biasa. Soal jodoh bukan urusan saya kerana saya tidak pernah mengejar cinta lelaki kaya atau kerabat misalnya.
"tengok ta..ko bukan lelaki biase.. ko rare!! badan dambaan lelaki kut ko...mesti dapat punye!!"

“Ia terjadi secara semula jadi. Ini kerana saya percaya, kekayaan tidak boleh menjamin kebahagiaan. Ya, wanita harus berdamping dengan seorang lelaki yang stabil. Saya kata stabil, bukan kaya raya dan apabila saya kata saya juga memerlukan lelaki yang stabil, jangan kata saya meterialistik.

“Sebaliknya kita harus realistik. Tidak ada wanita yang ingin berkahwin misalnya dengan seorang penganggur. Tapi sekurang-kurangnya harus mencari lelaki yang stabil. Begitu juga saya,” hujah anak ketiga daripada empat beradik ini bersungguh-sungguh.
"tengok ta..mung anak second!!! ha!"

Ditanya tentang cintanya dengan kerabat, rapat Fazura mengunci mulut. Dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan sama ada ya atau tidak kerana mahu mengelak kontroversi atas silap persepsi masyarakat nanti.

Namun saat ditanya tentang perancangan berkahwin memandangkan usianya semakin meningkat, pelakon yang cukup hangat dengan karakter bersahajanya dalam filem Pisau Cukur ini memberitahu, dia juga tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.



"taste ni ta"

FAZURA juga kini menolak untuk menyarung pakaian seksi, sebaliknya tampil lebih anggun dalam busana sedap mata memandang.

--------------------------------------------------------------------------------


Mengaku sudah mempunyai kekasih, namun itu bukan tiket untuk dia berkahwin dalam tempoh terdekat. Malah falsafah pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini, percintaan tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan. Sebaliknya dia senang berpegang kepada takdir kalau jodoh pasti tak ke mana."tengok ta!!"

Berhenti berlakon

Mengaku sedikit tertekan dengan isu yang selalu diusung sedang dia berusaha menjernihkan keadaan dengan tidak mengundang kontroversi, Fazura memikirkan untuk berhenti berlakon - satu-satunya bidang yang amat dicintainya.

Meninggalkan dunia lakonan kata Fazura bagaimanapun bukan bermakna dia akan mengucapkan selamat tinggal buat peminatnya ."mung ni ta!!" Dia akui, selain kepercayaan yang diberi orang industri terhadapnya, sokongan peminat membuat hatinya berbelah bagi untuk bersara.

“Tapi bukan sekarang. Saya tak tahu bila. Barangkali ia akan berlaku secara perlahan-lahan. Mungkin salah satu faktor selain mahu menutup kisah-kisah yang kurang baik, saya juga sebenarnya sudah lama tidak berlakon,” katanya serius.

Dia kemudian pantas menyambung kembali: “Harap jangan ada yang buat spekulasi pula yang saya mahu berhenti berlakon kerana mahu berkahwin ya. Belum, saya belum mahu kahwin.




--------------------------------------------------------------------------------



“Saya juga tak berhenti berlakon kerana mahu kahwin. Sebaliknya saya memikirkan untuk membuka perniagaan sebagai jaminan masa hadapan. Namun ini semua hanya satu rancangan, saya tidak berani kata ia akan menjadi kenyataan atau tidak.”

Sementelah kata Fazura lagi, banyak tawaran berlakon yang datang selepas filem Pisau Cukur ditayangkan. Itu sebagai bukti bahawa dia masih mempunyai pasaran dalam industri. Justeru itu juga hatinya masih berbelah bagi untuk berhenti.

“Alhamdulillah, saya masih mendapat banyak tawaran berlakon terutama drama. Namun kebanyakan karakter yang ditawarkan menjurus kepada watak perempuan simpanan atau wanita penggoda, saya terpaksa menolak setiap tawaran yang diberi. "sie mung ta"

“Bukan saya sombong, tapi saya akui saya memilih sekarang ini. Saya memang menjauhi watak sedemikian agar imej saya tidak terus-menerus dikaitkan sebagai wanita dengan sikap seperti itu,” katanya yang bagaimanapun tidak akan menolak tawaran yang mampu membawa impak positif kepada masyarakat.""""



Ni peluang terbaik mung ta...!!!!

bek ko try..

kalo tidak ko akan mengalami kerugian besar buat kali kedua...

jangan biarkan luka lama berdarah kembali...~~~

nanti bleh nek volvo merah ngan pie andre..

lagi bes dr nek PGD...

tp kene kasik die leleh ngan nouvo merah n helmet arai dulu ar..

hahaha




"the real bun arai helmet"



"the real bun red nouvo"


WASsalam~OUT