Tuesday, September 28, 2010

69-Suatu Haari Di Hari Raya

Salam~In
hai semoram
uia kijam ker?
 
 
Takkan nak dengar ceghita wakil proton je?
apa kejadah nya?
Budak TM pon, ade ceghito jugak..ye dak?
 
 
0600(lebih kurang): gua jage dr tidur, genyeh mata lebih kurang lpas tu gua tejun katil.
 
0610: gua bingkas bangun dengan penuh bersemangat, tiada istilah ‘black Monday, ‘Monday bluritys’ ;’morning sickness’ dlm hidup gua. Hari-hari gua semua elok-elok belaka. Gua pecut laju ke tandas ambik air semayang memandangkan matahari dah mula nak ”up”.
 
0620:  gua on pc, bukak internet chek result bola malam tadi, cek poin fantasi,cek fesbuk dulu kot-kot orang yang gua kutuk semalam balas komen-komen gua yang menyentuh kalbu tu.
 
 
0630: slow-slow gi mandi, berak lebih kurang, gosok gigi lebih kurang,basuh muka lebih kurang, main sabun lebih kurang. Walaupun semua benda lebih kurang tapi makan masa berjam-jam jugak kalau gua mandi. Gua pon tak paham, kena mandi bunga gamaknya nih.
 
0715: dress up lebih kurang, tempek bedak ala kadar, seting rambut sikit-sikit, isap rokok sepam dua pastu gua ambik kunci capai Arai terus gerak.
 
0730:  warmin up gua punya pacuan dua roda, ikut kate brander “motor ni kena kasi gerak dulu, dia pon tido macam kite” ye dak? gua kasi panas motor lebih kurang pastu gerak.
 
0740: tak sempat nak jumpa ras ngn din oi, gua syak din oi tu dah tersengih-sengih kat opis dia, Ras gua no komen. Nasi baik budak sekolah wangsa maju dah masok kelas , kalau tak memang gua kena meredah lautan budak sekolah wangsa maju yang majority nya semua bru nak up.
 
0800: Naik MEX, (sejenis lebuhraya yg menghubungkan KL-CYBERJAYA). Kat ats MEX gua tak jumpa benda yang besar-besar, sebab tak ramai orang nak gi cyberjaya pagi-pagi ni. Yang berduyun-duyun semua nak ke KL, dah namanya lubuk rezeki, ye dak? Gua merempit dengan penuh tenang sambil-sambil nyayi lagu ‘kini’ dendangan Feminin. Kalu lalu ikut MEX ni dapat la jugak hirup udara segar sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang menghijau.
 
0830: sampai kat TMRND, gua terus pakin motor(tiada masalah kekurangan pakin motor di sini , siap ade lebih-lebih lagi kalau yang jenis busuk hati nak pakin melentang pon boleh) , swipe card , pastu direct gi café. Kat café gua baru teringat hari ni ade acara makan-makan macam setan. Kejadah nya gua nak breakfast! bazir duit rakyat je?
 
0835: masuk opis, baru ade sekor dua yg datang, lampu opis tutup lagi. Gua laras kerusi, ikut sedap tubuh pastu gua pejam mata. Omputih kate ‘nap’.
 
0900: lampu opis nyala, gua celik mata tengok dah ramai makhluk kat dalam opis. Gua on PC, baca kosmo, ape jadi kat sosilawati hari ni? Klik-klik lebih kurang. Berita Manchester seri gua tak baca langsung, kejadahnya seri pon nak kecoh kat suratkabar! Tu belum kira menang lagi. Pasal komanwel india lagi la, malas gua nak fikir, dalam dunia yang serba Freemason ni macam-macam boleh jadi.
 
0910: latip baru sampai. beliau angguk kepala kat gua , gua balas dengan beberapa kuntuman senyuman mesra. Sebenarnya we all agak panik sebab hari ni ada majlis jamu-menjamu sempena hari raya. Kitoram ditugaskan untuk membekalkan air mineral untuk seluruh warga opis ni, takot tercekik time makan rendang.Nama je mineral water, nak mencari nye satu kerja jugak! Pagi-pagi lagi gua plan ngn latip nak curi-curi keluar ke Alamandul kejap cari mineral water.
 
0920:  supervisor gua bru sampai, ,masok ngn keadaan tersengih-sengih dan gabra . Rupa-rupanya beliau pon tak prepare apa-apa  jugak. Beliau ajak we all gerak sekali pergi membeli-belah kat Alamandul. Naseb baek la ade Alamandul...
 
1000: gerak ke alamandul ngn kereta sepevesa gua, dalam kereta masing-masing senyap. Tak de apa sangat  nak disembangkan pagi-pagi  dalam kereta ni, sekali-sekala je bunyi rungutan sepervesa gua kedengaran. Mungkin beliau mengalami ‚’black Monday’ seperti wakil proton.
 
1030: sampai alamandul supervesa gua baham pakin tengah jalan, beliau suruh kitoram tunggu kejap sebab dia nak pegi cuci-cuci gambar yang beliau tangkap time raya hari tu. ‚’dalam hati gua sempat menyampuk ; kotor ke gambar tu nak kena cuci? memandangkan jarak antara putrajaya ngn cyberjaya ni boleh tahan jauh jugak kalau nak jalan kaki , gua pendam kemas perasaan ingin tahu gua tu dalam kalbu.
 
1035: sambil–sambil tungu supervesa gua pergi cuci gambar,yang mungkin kotor tu tadi, kitoram sempat jugak membuat ‘observation’ terhadap kereta supervesa gua. Baru hari ni gua sedar proton ni jenis buat kereta ikut sedap je, tak de langsung nak pikir pasal ergonomik ke, ease of use, colour selection, material ngan fabrik lg lah hancur, bundesliga,kumpulan bendera. Wakil proton kena ambik berat hal-hal macam ni, baru lah proton kejadah boleh cari makan.
 
1040: supervesa gua datang balik, dia ajak pegi mydin, beliau kata kat mydin benda-benda runcit lagi murah. Dia cakap kalu nak tunggu gambar dia siap cuci lama lagi dalam dua jam,  mungkin kotor bebenar dia punya gambar sampai berejam-jam nak mencuci, ye dak? Gua ade jugak terdetik di hati nak tanya; ‚’kotor sangat ke gambar tu?’ tapi sekali lagi gua terpaksa akur dengan jarak di antara cyberjaya ngan putrajaya.

1050: Sampai mydin gua terus pecut sambar air mineral sekotak pegi bayar . dalam sepantas kilat gua buat semua tu, nak senyum kat cashier pon tak sempat. Takde toleh-toleh belakang dah. Dalam benak , dok piker makanan sedap-sedap je !
 
1105: patah balik ke Alamandul, sebab nak ambil gambar supervesa gua yang baru cuci tadi, kali ni supervesa gua pakin tempat ade tiket plak. Gua dah berpuluh kali sampai Alamandul ni, tapi ni la first time gua masuk kat tempat pakin kereta. Biasa-biase je tempat pakin dia, mungkin takdak ribena kot.
 
1110: masuk Alamandul, pusim-pusim kejap. Gua punya supervesa call kedai gambar,kedai gambar cakap tak siap lagi, mungkin kotoran degil kot. Kitoram sambung pusim-pusim, perut ngn otak gua dok piker makanan je, dok rangka strategi camne nak makan lepas ni. Lepas tu kitoram lalu depan kedai chicken rice shop, gua pon buat-buat terliur usha dalam kedai tu.

Tiba-tiba sepervesa gua bersuara ;orang kata chicken rice shop ni tak halal’
‘tu ada logo halal’ bentak gua sambil ponting to the HALAL logo paste at the dinding kedai tu.
‘logo halal JAKIM , sapa-sapa pon boleh beli’, jawab supervesa gua tak nak kalah.
Lepas tu bermula la syarahan panjang supervesa gua tentang isu halal yang semakin berlarutan dewasa ini. ‘…..halal tampal je…bla..blaa..sushi king…bla..arak cuka…bla..bla..asal takde babi semua halal…blabla..tukang masak cina..JAKIM tak pantau..bla..blaa..restoran pelik-pelik takde tanda halal..orang melayu main masuk je..bla..bla ayam penyet..sukam komanwel..bla..awang hitam..bla..bayern munich kalah lagi…duit lumba kuda..bla..blaa..hisap rokok..asal ada wifi semua jadi halal..bla..blaa..bla dan blaa bla lagi’,gua pon tak ingat sangat, apa beliau cakap banyak  input yang gua terima tak sempat nak susun. Kitoram angguk-angguk kepala tanda setuju , nak menunjukkan kitoram ni peka dengam masalah yang melanda umat islam kini dalam dunia yang serba freemason ni.
 
1130:  agaknya disebabkan panjang sangat memberi syarahan percuma, supervesa gua kering tekak. Beliau pon mengajak ktoram minum, kitoram follow je langkah kecil supervesa kitoram. cara beliau mengajak kitoram tadi menunjukkan seolah-olah beliau nak belanja kitoram jer. Lepas tu sampai la depan satu kedai, supervesa gua cakap kita minum kat sini la.????gua jadi keliru??? Mula merasakan freemason ni betul-betul wujud. Bukan ke menatang Old Town White Coffe ni ke yang orang dok sembang pungpang2 kat fesbuk tu,?? ya depa petikaikan status halal kedai kopi ni? Tak habis-habis gua kena tag pasal kedai kopi ni,sampai berpuluh-puluh notification, buat hilang semangat je gua nak berfesbuk. Baru gua sedar supervesa gua ni jenis tak boleh nak pakai jugak.
 
1135: brader yang keje kat kedai kopi Old Town ni, datang ambik oder. Brader yang datang ambik oder ni cina, gua harap-harap yang bancuh kopi kat dalam tu bukan sebangsa ngn brader ni. Gua main oder je, bukan gua biasa sangat makan-makan kat tempat macam ni. Sambil –sambil tunggu oder tu gua sempat usha kat wall kedai ni ade tak paste any logo Halal,nak kata logo halal ? logo 1malaysia pon they all tak letak! Hati gua bertambah curiga.
 
1145: oder kitoram sampai, gua persaan brader yang hantar air tu senyum kat gua. Orang kata senyum celaka. Secara tak langsung gua terlibat dalam agenda freemason. Gua minum air yang harga enam ringgit lebih segelas dengan penuh was-was. Kenikmatan jelas telah diragut oleh perasaan bercampur baur dalam hati gua ni.

1200: habis minum-minum, supevesa gua panggil brader ambik oder tadi,bagi duit kat beliau. Brader tu buat muka puas, puak-puak freemason yang kat atas sana tu, buat muka apa pon gua tak pasti, bila melihat kejayaan mereka meporak-perandakan umat islam di seluruh bumi malaysia ni. Pastu kitoram direct pegi kedai gambar tempat supervesa hantar gambar dia. Time gua masok kedai tu tadi , takde la plak bau sabun , softlan ke, clorok ke. Gua betol-betol heran.
 
1215: bergerak balik, ke cyberjaya. Dalam kereta masing2 dok bercerita tentang keterujaan nak menjamu selera kejap lagi. Gua syak ,’black Monday’ supervesa gua dah habis kot lepas pekena ‘white coffe hazelnut tadi’.
 
1230: sampai-sampai je kat opis, gua terus meluru ke tempat kejadian jamu-menjamu selera tadi. Dengan berjalan terhegeh-hegeh bawak sekotak air mineral yang dibeli kat mydin, dari luar lagi gua dapat bau aroma yang mengusik kalbu. Gua terjah masuk tak bagi salam langsung, letak kotak air mineral bawah meja. Sambar sate dalam berbelas cucuk,pegi dok jauh-jauh makam soram-soram, tak hirau orang keliling.
 
0100-0500: gua makan tak henti-henti, kadang-kadang silih dengan hilai tawa sampai ke petang. Juadah pon bertukar ganti.
 
 
 *ni yang gua tak berapa berkenan kalau gua start menulis, mesti meleret-leret.

Wasalam~Out
 

No comments:

Post a Comment

laju sikit taip tu woii!!!!