Showing posts with label jenjalan.lepaklepak. Show all posts
Showing posts with label jenjalan.lepaklepak. Show all posts

Friday, November 19, 2010

136~ Filem Kita Wajah DDrozmey




Salam~In trend
ddrozmey kijam~
salam 2 alam........


*
*
*
*
*



Kairi *dazuan ( nak dekat-dekat nama sebenar ) adalah seorang yang urban , art dan kaya. Tinggal di sebuah apartment mewah di tengah-tengah kolompo bersebelahan klcc ( ala-ala citer yusop haslam). Sewa rumah kairi dazuan saje dah sambai RM18ribu sebulan tu tak termasok bil air setitik, api, gas memasak petronas, astro 5 bijik(dalam jamban pon ade astro), dan juga bil internet ( series kalau takde internet , boleh mati kutu kairi dazuan). Kairi dazuan kerja kat kompeni besar-besar sebab tu dia kaya-raya. Opis dia dok kat tingkat 47 di klcc, jenis kompeni international yang ada ekon sampai ke dalam jamban,ade website sendirik, fesbuk ngan twiter toksah dok cerite, masok radio hari-hari, keluar tv tiap-tiap malam. Hendle projek pon juta-juta belom kira yang subcon-subcon lagi. Kairi dazuan pon kalau sembang ngan talipon jenis sembang bisnes-bisnes je, kalau ade awek-awek gedik nak main miskol-miskol. Jangan harap kairi dazuan nak layan.


*bukan gamba sebenar kairi dazuan


Rupa paras kairi dazuan amat jambu kalau nak dibandingkan dengan pekerja-pekerja lanskap kontrak dari negara selatan asia yang banyak berkeliaran si sekeliling apartment mewah beliau. Kalau setakat aaron aziz ngn rocam nor tak dapat nak lawan langsum , memang jauh panggang dari api. Ternyata kairi dazuan punya kekacakan bukan kekacakan yang jenis main-main. Jenis stok-stok sinetron. Bak kata orang tua-tua pipi ibarat pauh di layang, alis matanya lentik,rambut panjang mengurai bagai sutera bibir merah dilema, muka bujur sirih,betis buting keladi, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.,jalan macam sotong.

*juga bukan gambar sebenar kairi dazuan sekadar, ilustrasi penulis.


Di samping kacak dan jambu, kairi dazuan bergaya orangnya (kate urban), henset blacberry torch 9800 rege RM2180 bayar cash dalam gengaman , baju tisyek saje brand lacoste, seluar jeans true religion , seluar slack m&g , setoken ralp lauren, boxer ngn spender nak armani jer, yang lain takleh pakai nanti gatal! Kalau gatal mula lah nak meleleh, spek mata reben, beg sandang nak LV jer, perfume burberry ( bau maskulin habis), jam seiko 5 ( kalau pakai jam brand lain, otomatik waktu jadi salah), selipar harley davidson ( kalau pakai selipar biasa slow katenya), kasut nike adidas tak maen, koman-koman prada (kalau tak prada takleh jalan, lumpoh jadinya). Kalau tiba-tiba cuaca mesia ni sejok tiba-tiba macam kat budhapest, kairi dazuan akan pakai cardigan soviet science ( ape barang uniqlo), bergaya abis! tu belom masok aksesori-aksesori lain macam gelang , rantai, subang. Tali pinggang saja pon dah yves saint laurent ( ori bai, yang rege RM1482.97 sen harga sebelum rebet, beli kat klcc).

Kairi dazuan ni seorang yang mencintai ‘art’, segala jenis seni kat atas bumi tak terlepas dari dicintai oleh kairi dazuan dari seni silat, ong-bak, melukis , mencanting batik, berpantun, seloka,musical,sushi, mak yong, nobat, p.ramli, teater, fesbuk dan juga filem. Bak pantun-berpantun memang dialah champion. Kalau boleh tiap waktu dia nak berpantun ni. Cakap je pantun berapa kerat semua dia power, 2,4,8,12 semua dia boleh!, pernah satu ketika dalam satu pertandingan 'mari berbalas pantun bersama pegawai daerah' , kairi dazuan menjual pantun 8juta kerat kepada pihak lawan. Berbuih mulut pihak lawan nak membalasnya. Tidak mustahilah beliau dilantik sebagai ketua pemantun peringkat wangsa maju jalan AU3 keramat. Kairi dazuan menempuh hari-harinya yang mencabar hanya dengan berpantun , pernah suatu hari,sewaktu kairi dazuan pergi bersiar-siar di taman metropolitan kepong untuk mencari ilham dan pedoman hidup, tiba-tiba dia tersepak sekor siput babi yang tengah prektis main piano, apa lagi terus diajak siput babi tu berbalas pantun.

gendang gendut tali kecapi, hei siput kenapa kau babi“, jual kairi dazuan.

'Haah jawab..jawab!..' kata kairi dazuan sambil melompat kegirangan.

........................................................“ balas encik siput babi tadi..,

'tau takut..! getus kairi dazuan kepada lawanya iaitu encik siput babi tadi.

Kairi dazuan terus meningalkan lawannya itu tadi sambil membuat muka bangga kejambu-jambuan.

Sebaik saja, kairi dazuan berlalu siput babi itu merengus di dalam hati. „“Aku bukan tak nak balas, nanti kalau aku balas tak pasal-pasal masok front page kosmo pulak 'siput babi boleh bercakap' . Tak memasal kaya tokei suratkabar tu, aku yang punya cerita mereka dan keluarga mereka semua yang kaya-raya. Lagipom aku ni bukan gile gelemer macam si kairi dazuan tu“

sebelum siput babi itu menyambung balik prektis piano beliau tadi, beliau sempat berpantun bertujuan untuk membalas pantun kairi dazuan tadi ;

„“ sudah gaharu cendana pulak, sudah jambu bangang la pulak..“

...'ade ker ngn seekor moluska macam aku nak diajak berbalas pantun, tulang belakang pon aku takde . agak-agak la wei.... ' bentak siput babi tersebut sambil memainkan lagu kegemaranya iaitu 'kebahagiaan dalam perpisahan'' versi piano.



Hari semalam, hari rabu. Kairi dazuan baru je balik dari opis terus belek fesbuk tengok ape yang patut. Fren rekues saje dah 18 orang, semalam je kairi dazuan baru aprove dekat 54 orang dahla semua awek-awek. Setakat ni frens kairi dazuan dah sampai 50ribu lagi 2ratus kurang dari justin bieber. Kairi dazuan ni cerdik jugak orangnya, kalau ade awek-awek tak cun memang konfom dia rejek. Apa ingat senang ke nak berkawan dengan orang jambu?? so awek-awek yang teringin nak jadi fren kairi dazuan pastikan anda hot dan cun. Kalau muka stok-stok maen paser lupakan saje, baik luoram pegi add dr rozmey . komferm aprove. Notifikasyen memang tak terkira banyak, kadang-kadang kairi dazuan buat dono je ngan semua tu, dunia semata-mata katanya. Oh ya! Lupa nak bagiatu kairi dazuan ni pakai laptop Macbook air 13-inch yang baru, 1.86GHz Intel Core 2 Duo processor ,2GB memory ,256GB flash storage,NVIDIA GeForce 320M graphics, rege plak dalam RM 5,299.00 bayar pakai kad kredit american xpress . Hujung bulan ni bankrap la gamaknya. Kairi dazuan baru je angkat macbook ni minggu lepas time jalan-jalan kat harvey norman (apa kelas loyat, semua barang cina). Nampak bergaya bukan? Dia angkat macbook ni pon sebab ade kaler pink. Biasala tu, kita kena paham lelaki jambu ngan kaler pink ni dah macam adek-beradek.


Dalam keasyikan kairi dazuan membelek fesbuk, tiba-tiba dia terbaca sesuatu pekara yang amat penting terpapar di laman sosial yang paling up sekarang ni . Sedar dirinya berada dalam golongan yang rugi terus dikareta macbook air yang baru dibelinya itu. Hancur berkecai macbook tersebut ( bolehlah mentang -mentang menatang tu nipis). Macbook hancur boleh beli baru (kate kaya-raya), tapi terlepas tengok filem 2 ALAM pada hari pertama tayangan adalah sesuatu yang mebengangkan kairi dazuan. Dia sedar dia telah ditinggalkan oleh arus perdana kerana terlepas menonton filem 2ALAM, yang telah lama dinanti-nantikan olehnya. Kalau ketingalan mane urban-nya? Sia-sia selama ni ni beliau sewa mahal-mahal sebelah klcc, baek beliau tinggal di kampung utan aji saja.



Kairi dazuan peminat filem melayu nombor satu. Dia dah layan filem-filem melayu ni zaman ogy dengan jamal abdillah tengah 'up' lagi. Cakap ape saje, filem melayu . Semua dah kairi dazuan tengok, dari abang 92, gemilang, putera,amok, awas, balada, sembilu,iskandar mr chindrella, cinta fotokopi, bisikan cinta, lady boss,jutawan fakir ,syukur 21,lurah demdam,kl menjerit dan macam-macam lagi( kalau nak taip semua naik kematu tangan penulis). Takde satu pon pernah miss! Semua koleksi VHS,VCD,DVD, citer melayu semua ade dalam koleksi kairi dazuan. Para pelakon time tu tak kira cun tak cun, handal tak handal semua kairi dazuan kenal. Sepanjang kairi dazuan hidup dia memang kerap ke panggung wayang nak tengok citer-citer melayu. Patriotisme nye beliau.

Kairi dazuan pantas mencapai henset blakberi torch yang rege ribu-ribu tu,

'tik..tik.tiik.tik..tikk.tikk..' bunyi ketikan papan kekunci henpon blekberi yang rege ribu-ribu tu, laju bebenor kairi dazuan ni taip mesej, menunjukan beliau serius bermesej. Mesej kali ni bukan berunsur bisnes-bisnes tapi lebih kepada maruah dan prinsip.

'wayang jom', tegas benar bunyi mesejnya. Selesai saja menaip ayat keramat tadi, belai petik beberapa nama yang berpontensi untuk diajak keluar menonton wayang. Terus ditekan 'send' laju-laju dengan harapan orang yang mebalas pon laju-laju je balasnya. Dalam 2,3 minit kairi dazuan tunggu, satu pon mesej tak dibalas. Beliau menjadi tak keruan , hakikatnya beliau tidak sedar yang beliau mesej orang time-time maghrib , mane orang nak balasnye... dah semua orang dok sembah yang satu. Kesabaran kairi dazuan ade batasnya, sekali lagi dia capai henset blakberi torch yang rege ribu-ribu, kali ni pilih nama dengan teliti. Cari yang jenis tak reti beza time maghrib ngan isyak, yang jenis sekular , dan yang jenis ambik wudhuk pon kena refer buku amali PAFA lagi.


Setelah dihalusi dan diamati, kairi dazuan pon memetik beberapa nama yang ade potensi. Dapat je nama dia terus je tekan butang call. Menanti dengan penuh harapan dari si penerima.

'tut..tuttut...tut..tut.....tut........' panas telinga kairi dazuan menati panggilan nya dijawab.



'hello;' kedengaran pangillan kairi dazuan dijawab. Kairi dazuan melonjak kegembiraan sambil melepas tubukan padu ke udara.

Kairi dazuan terus bersuara,' kau tengah buat ape skarang?'

lalu dijawab lancar oleh teman nya,'lukis komik'

'lukis komik?? Ko tau tak ni waktu maghrib, waktu maghrib orang buat ape?' soal kairi dazuan

'waktu maghrib...?? ooo waktu maghrib, buat ape lagi tengok kartun kat tv la, ade kartun best ker? 'jawab teman beliau.

'bab.....(ops silap, orang jambu tak mencarut), sah sekular member aku ni', bisik kairi dalam hati.

'Woi jom ikut aku.'..pelawa kairi tegas,

'pergi mana'...sahut temanya lembut.....

'kita pergi.............................................







to be sambung (hik..hik..hik)................










Wasalam~Out




p/s; asalnya gua nak buat tulis benda lain tapi lain pulak jadinya,ni yang gua malas kalau gua start merapu ni.

p/s 2; kalau gua rajin ,gua sambung la siri ke2 pulak.,pergh dah macam novel bersiri.

p/s 3; *dazuan di sini masih lagi boleh dimanipulasi,pembaca bebas untuk meletakan apa-apa vokal di depan gelaran ini. Cth ; bazwan,kazwan,mazwan,pazwan,jazwan,yazwan,vazwan,lazwan,fazwan and etc(pandai-pandai la ye)

p/s 4; entri ni sebenarnya pasal rebiu cerita 2alam tapi apsal jadi macam ni..,why..why..why!!!!



Saturday, November 6, 2010

118~ Takyah nak semangat sangat lah!



Salam ~Institusi
jepang kijam~
bbq land~kenyam


UNIQLO., FARENHEIT 88...
menatang apa tu woii???
dekat bermingu-mingu jugak gua dengar orang dok kecoh pasal menatang-menatang ni semua.
fesbuk, punggung bas, sokabar,redio semua ade pasal benda ni.

sebagai memenuhi prasyarat-prasayarat nak menjadi manusia urban dan indi sikit-sikit.
benda-benda macam ni gua kena folow.
balik je kerja gua terus merempit laju ke bukit bintang melalui jalan concrane.
sampai-sampai je dah magrib, sebagai muslim yang berat-berat ke arah sekular sembahyang magrib gua tolak tepi. Terjah UNIQLO DULU, yang lain-lain cerita kat akhirat kemudian!

lepas pusim-pusim cari tempat pakin moto yang sedap-sedap gua terus melulu masok Farenheit88 tu..(*gua suka menatang farenheit88 ni, sebab dia ade prepare tempat pakim motor untuk golongan kelas ketiga macam gua ni)

dari jauh lagi, gua tengok keadaan meriah kat depan kedai tu.., oram-oram ngan brader -brader polis bersepah., gua monolog dalam hati soram-soram..'sah ade konset ni!'.....
dalam kepala otak gua dok pikir artis jepom yang tengoh perfom, kalau tak monim musume mesti yui paling koman pon yuna indie tu laaa ( nama macam jepom bukan?)



sampai-sampai kat depam kedai...
celaks, oram tengah berfusu-fusu rufanya!
dem~
melepas gua nok tengok yuna indie tu.....



tengok dari depam kedai, takdela ramai sangat oram yang beratur,
gua pasang niat nak masok...!
doa masok UNIQLO, gua tak baca . tak sempat hafal...

pergi masok dekat sikit...
Fakin!!! ramai gila semoram tengah berator...
macam nak naik keretapi kat mid veli time hari sabtu plak!

dia bagi masok soram-soram jer...
kalau soram keluar,soram je la masok..
kalu 2 oram keluar, 2 oram je la bulih masok...
kalau 8 oram keluar, 8 oram la masok...
kalau 15juta oram yang keluar, 15juta laa oram yang masok makneya..!
woii!!takkan tu pom takleh paham kot!!??


Kedai ni punya fasad..
gile ayat-ayat interior..kahkahkah,
adakah ini blog interior-interior??


kalau eja dalam bahase jepom 4 huruf jer, guna bahasa rumi jadi 6...
main sihir ke apa ni?
gua syak oram jepom ni, vocab dia tak berapa banyak sangat ni..
tu yang jadi macam tu.


dia punya bilboard ,,besar gila ..
dok lowyat buleh nampak!
kalau gua ni seoram awek yang sweet dan cute sikit-sikit,
gua akan cakap macam ni kat iklan bilboard kedai ni......
"wah menarik la iklan ni, kreatif sangat! model laki tu pon hensem la",
tapi maaf, gua hanyalah seoram laki-laki......
sekadar perkataan 'tahi' bulehla gua ucap slow-slow.

Disebabkan semangat ingin tahu dan berbekalkan prinsip 'alang-alang datang'
hati gua keras nak beratur juga..
gua ikot barisan tu dari depan kedai sampai la masok dalam mall balik!!
gila babi panjang!!
longgar juga gua punya kepala lutut nak berjalan.

Yang tengah beratur dalam mall tu ade 3juta oram lagi.
ramai betol manusia lalai time-time maghrib ni...


masuk je dalam mall tu,
MASYAALLAH!!!!
gua terus lupakan semua gua punya prinsip, niat, gaya hidup, pengorbanan dan cita-cita.
takde maknenya gua turut sama jadi bodoh macam yang dok tengah berator panjam-panjam tu...
gua patah balik tempat pakim, start muto terus blah...
ada satu lagi misi pemtim yang gua nak setel kat uia!!!



sebelom balik tu gua sempat usha ape-ape yang patut....
usha dari luar je la.
dalam kedai, amoi tu muka dah rezak gila..
dok melipat kaen dari pagi buta lagi...

kat sebelah satu lagi..

cantik je susun....
kalau gua dapat masok ni , memang gua kucar-kacirkan semua ni.
gua mane buleh tengok benda-benda elok macam ni, sakit hati!!!


Yang ni pom sama, dapat buka-buka semua best ni,
pastu longgok tinggi-tinggi!

Kadang-kadang gua rase heran juga,
tak ke pelik dia jual baju-baju macam ni kat mesia nih...
kena ke???
mungkin kat k.lompo nih,ok lagi lah...
pakai ape-ape pon orang kata trend !, (* k.lompo ni gendong SLR atas bahu pon oram kate fesyen)
terai bayang, kalau gua pakai baju ni kat kelantan?
tak ke dipandang serom oleh masyarakat?
pakai pulak buat pergi sembahyang jumaat!,
nanti tak pasal-pasal orang tuduh gua datang dari masa depan...

yang ni orang panggil signboard je la kan..?
tak tau plak, kot-kot kalau ada yang panggil ni benda lain!
kapas ke, buku lima ke,spagheti ke takpom kaburetor!!

Ambik-ambik gambar bunga..,
dah rasa macam seorang lelaki periang pulak!


Pose nak bajet-bajet jer...
jangan lupa print gambar ni buat wallpaper.
susah nak dapat ni....

Sukelah tu..
Koram tak payah semayang maghrib buleh ar...
nak tunggu sampai subuh pom takpe!







****


Sebelum tidor malam tu,gua letak tangan atas dahi...
gua fikir secara masak-masak,
susah jugak nak jadi urban dan indie ni...
banyak benda nak kena folow ngan like.
berdasarkan pengalaman gua malam tu la.
kalau pasal benda lain gua kuram arif.
tak sanggup gua berator berejam-jam sampai lembik lutut semata-mata nak ikot trend.






Wasalam~out




p/s; nampak macam blog fesyen-fesyen bukan???
p?s 2; gambar tak lawa bukan sebab kamera lopek, ini adalah skill baru dalam dunia potografi.

Thursday, October 14, 2010

97~ Visit Hong Kong 2012 III

Salam~In
Semoram kijam
tidor awal semalang~
bangun pagi perot lapar.....





Gua dah timpah gua punya tiket ni, lu oram bila lagi..
cepat woi,time tiket murah ni kita kena bertindak dengan pantas!

Wasalam~Out

Thursday, October 7, 2010

86~ Visit Hong Kong 2012 II

Salam ~ In
hi semoram~
semoram kijam~


KENAPA HOM KOM?????
bukan Rusia , Gui Lin, Tanjung Malim ataupun Peru!










SERBA-SEDIKIT TEMTAM HOM KOM:
Population: 6,940,432 [200 000 MUSLIM]
Density: 6661 per sq km
One of the world’s most densely populated regions
Majority ethnic Chinese


sebab kat hom kom, ada benda ni..

Kowloon mosque&islamic centre. kat sini kita boleh sembahyang jamak+guling-guling+amik gambar sekeping dua+tmpang tidur( save bajet)




tambam pon boleh tahan woi!!!


soal makam-makam??
takyah runsim pasal benda yang takda leher tu,
semuanya terjamin kat sini!

tak tau la, kot-kot yang ni jenis tampal-tampal macam yang kat Alamandul tu.



dari tahun 1950 lagi, mesia masih dok bawah freemason lagi time tu.



kalau susah sangat nak cari makam, kita makam yang ni sudeeh!


kat sini dia punya matawang tinggi, tapi tax rendah! so baram-baram kat sini murah.proton kejadah kalau masuk hom kom, mau HKD200 jer.

dari pegi singapore baik gi hom kom wei, kat singapore mane ade awek berjemur tepi pantai.




biasa-biasa kan lah diri dengam duit Hom Kom ni yer, tak lama lagi kita nak pegam banyak duit ni!'






yang pasal 2012 tu, tak payah gusar. kat sini ade tanah pekuburan islam.


sama-sama lah ye!

Wassalam~Out

Wednesday, September 22, 2010

62-Amacam, orait tak?

Hai semoram~
kijam betol UIA ni.








gua dah tempah dh ni woi...siap ngn back-up ag., kot2 ada aral yang melintang esok hari . Boleh la kita tanggoh kemudian hari. ye dak? masing masing kena kumpul tenaga banyak-banyak, marathon movie ni bukan benda maen-maen.

Wassalam-out