Tuesday, November 30, 2010
144~ Titik... Officially End
143~ FARE se WELL
Monday, November 29, 2010
142~Macam ni la diorang kantol!!!!!
Beza maivi yang baru ni ngan amar goyang punya;
Lampu signal ngan reverse lebih besar ..
Spoiler,bonet,bumper pon nampak lain.
Cermin Pintu belakang kat bahagian cermin lain.,ada macam tambah sikit-sikit.
Pintu ade lingkung ngan curve sikit, kat pemegang pintu on ruangan lengkung sikit,
Friday, November 26, 2010
141~Indie-indie kitoram III
Salam~ In
Helo semoram
Sambut besday tak ajak kijam~
Lara Zainudin buat hal lagi, gua malas nak cerita panjang.
Wasalam~Out
p/s; rempit ni masok dalam art jugak ke?
Wednesday, November 24, 2010
140~ BUHAIRI BIDUAN
Monday, November 22, 2010
139~ Suatu Ketika .....
138~ RALAT
Saturday, November 20, 2010
137~FRIM Tapak Warisan UNESCO 2015??
FRIM kijam~
UNESCO kijam~
brander masuk paper lagi kuwt....tommeeiii!!!! kawaiiii~~huhuhukk~~~~
KOSMO atasgarisam, 20nov-
KEPONG – Imstitut Penyelidikam Perhutanam Malaysia (FRIM) meletakkam sasaram umtuk diiktiraf sebagai Tapak Warisam Pertubuham Pemdidikam Saims dam Kebudayaam Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selewat-lewatnya memjelang tahum 2015.
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pihaknya yakim pengiktirafam itu berjaya dicapai kerana FRIM sudah diwartakam sebagai Tapak Warisam Semula Jadi Negara di bawah Akta Warisam Kebangsaan 2005 oleh Jabatam Warisam Negara pada tahum 2009.
(mumkin koram lom tau, Grinder lotip rupenye BOS BESAR Grinder Brande tomeii!!!!)
“Usaha untuk mendapatkam status FRIM sebagai tapak warisam telah dimulakam pada tahum 2008 dam akhirnya telah diperoleh pada 10 Februari 2009 dam kini kami menyasarkam agar FRIM diiktiraf sebagai Tapak Warisam UNESCO menjelang tahum 2015 pula,” kata Grinder lotip.
Beliau berkata demikiam ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharam FRIM sebagai Tapak Warisam Semula Jadi Negara oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam.
susah giler jadi org tomei mcm brande ni...dh bnyk kali kuwt FRIM glamer sbb brande...huhuhukk~
brande kawaaiiii~~huhuhukk~
Wassalam~Out
Friday, November 19, 2010
136~ Filem Kita Wajah DDrozmey
Kairi *dazuan ( nak dekat-dekat nama sebenar ) adalah seorang yang urban , art dan kaya. Tinggal di sebuah apartment mewah di tengah-tengah kolompo bersebelahan klcc ( ala-ala citer yusop haslam). Sewa rumah kairi dazuan saje dah sambai RM18ribu sebulan tu tak termasok bil air setitik, api, gas memasak petronas, astro 5 bijik(dalam jamban pon ade astro), dan juga bil internet ( series kalau takde internet , boleh mati kutu kairi dazuan). Kairi dazuan kerja kat kompeni besar-besar sebab tu dia kaya-raya. Opis dia dok kat tingkat 47 di klcc, jenis kompeni international yang ada ekon sampai ke dalam jamban,ade website sendirik, fesbuk ngan twiter toksah dok cerite, masok radio hari-hari, keluar tv tiap-tiap malam. Hendle projek pon juta-juta belom kira yang subcon-subcon lagi. Kairi dazuan pon kalau sembang ngan talipon jenis sembang bisnes-bisnes je, kalau ade awek-awek gedik nak main miskol-miskol. Jangan harap kairi dazuan nak layan.
*bukan gamba sebenar kairi dazuan
Rupa paras kairi dazuan amat jambu kalau nak dibandingkan dengan pekerja-pekerja lanskap kontrak dari negara selatan asia yang banyak berkeliaran si sekeliling apartment mewah beliau. Kalau setakat aaron aziz ngn rocam nor tak dapat nak lawan langsum , memang jauh panggang dari api. Ternyata kairi dazuan punya kekacakan bukan kekacakan yang jenis main-main. Jenis stok-stok sinetron. Bak kata orang tua-tua pipi ibarat pauh di layang, alis matanya lentik,rambut panjang mengurai bagai sutera bibir merah dilema, muka bujur sirih,betis buting keladi, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.,jalan macam sotong.
*juga bukan gambar sebenar kairi dazuan sekadar, ilustrasi penulis.
Di samping kacak dan jambu, kairi dazuan bergaya orangnya (kate urban), henset blacberry torch 9800 rege RM2180 bayar cash dalam gengaman , baju tisyek saje brand lacoste, seluar jeans true religion , seluar slack m&g , setoken ralp lauren, boxer ngn spender nak armani jer, yang lain takleh pakai nanti gatal! Kalau gatal mula lah nak meleleh, spek mata reben, beg sandang nak LV jer, perfume burberry ( bau maskulin habis), jam seiko 5 ( kalau pakai jam brand lain, otomatik waktu jadi salah), selipar harley davidson ( kalau pakai selipar biasa slow katenya), kasut nike adidas tak maen, koman-koman prada (kalau tak prada takleh jalan, lumpoh jadinya). Kalau tiba-tiba cuaca mesia ni sejok tiba-tiba macam kat budhapest, kairi dazuan akan pakai cardigan soviet science ( ape barang uniqlo), bergaya abis! tu belom masok aksesori-aksesori lain macam gelang , rantai, subang. Tali pinggang saja pon dah yves saint laurent ( ori bai, yang rege RM1482.97 sen harga sebelum rebet, beli kat klcc).
Kairi dazuan ni seorang yang mencintai ‘art’, segala jenis seni kat atas bumi tak terlepas dari dicintai oleh kairi dazuan dari seni silat, ong-bak, melukis , mencanting batik, berpantun, seloka,musical,sushi, mak yong, nobat, p.ramli, teater, fesbuk dan juga filem. Bak pantun-berpantun memang dialah champion. Kalau boleh tiap waktu dia nak berpantun ni. Cakap je pantun berapa kerat semua dia power, 2,4,8,12 semua dia boleh!, pernah satu ketika dalam satu pertandingan 'mari berbalas pantun bersama pegawai daerah' , kairi dazuan menjual pantun 8juta kerat kepada pihak lawan. Berbuih mulut pihak lawan nak membalasnya. Tidak mustahilah beliau dilantik sebagai ketua pemantun peringkat wangsa maju jalan AU3 keramat. Kairi dazuan menempuh hari-harinya yang mencabar hanya dengan berpantun , pernah suatu hari,sewaktu kairi dazuan pergi bersiar-siar di taman metropolitan kepong untuk mencari ilham dan pedoman hidup, tiba-tiba dia tersepak sekor siput babi yang tengah prektis main piano, apa lagi terus diajak siput babi tu berbalas pantun.
“gendang gendut tali kecapi, hei siput kenapa kau babi“, jual kairi dazuan.
'Haah jawab..jawab!..' kata kairi dazuan sambil melompat kegirangan.
„........................................................“ balas encik siput babi tadi..,
'tau takut..! getus kairi dazuan kepada lawanya iaitu encik siput babi tadi.
Kairi dazuan terus meningalkan lawannya itu tadi sambil membuat muka bangga kejambu-jambuan.
Sebaik saja, kairi dazuan berlalu siput babi itu merengus di dalam hati. „“Aku bukan tak nak balas, nanti kalau aku balas tak pasal-pasal masok front page kosmo pulak 'siput babi boleh bercakap' . Tak memasal kaya tokei suratkabar tu, aku yang punya cerita mereka dan keluarga mereka semua yang kaya-raya. Lagipom aku ni bukan gile gelemer macam si kairi dazuan tu“
sebelum siput babi itu menyambung balik prektis piano beliau tadi, beliau sempat berpantun bertujuan untuk membalas pantun kairi dazuan tadi ;
„“ sudah gaharu cendana pulak, sudah jambu bangang la pulak..“
...'ade ker ngn seekor moluska macam aku nak diajak berbalas pantun, tulang belakang pon aku takde . agak-agak la wei.... ' bentak siput babi tersebut sambil memainkan lagu kegemaranya iaitu 'kebahagiaan dalam perpisahan'' versi piano.
Hari semalam, hari rabu. Kairi dazuan baru je balik dari opis terus belek fesbuk tengok ape yang patut. Fren rekues saje dah 18 orang, semalam je kairi dazuan baru aprove dekat 54 orang dahla semua awek-awek. Setakat ni frens kairi dazuan dah sampai 50ribu lagi 2ratus kurang dari justin bieber. Kairi dazuan ni cerdik jugak orangnya, kalau ade awek-awek tak cun memang konfom dia rejek. Apa ingat senang ke nak berkawan dengan orang jambu?? so awek-awek yang teringin nak jadi fren kairi dazuan pastikan anda hot dan cun. Kalau muka stok-stok maen paser lupakan saje, baik luoram pegi add dr rozmey . komferm aprove. Notifikasyen memang tak terkira banyak, kadang-kadang kairi dazuan buat dono je ngan semua tu, dunia semata-mata katanya. Oh ya! Lupa nak bagiatu kairi dazuan ni pakai laptop Macbook air 13-inch yang baru, 1.86GHz Intel Core 2 Duo processor ,2GB memory ,256GB flash storage,NVIDIA GeForce 320M graphics, rege plak dalam RM 5,299.00 bayar pakai kad kredit american xpress . Hujung bulan ni bankrap la gamaknya. Kairi dazuan baru je angkat macbook ni minggu lepas time jalan-jalan kat harvey norman (apa kelas loyat, semua barang cina). Nampak bergaya bukan? Dia angkat macbook ni pon sebab ade kaler pink. Biasala tu, kita kena paham lelaki jambu ngan kaler pink ni dah macam adek-beradek.
Dalam keasyikan kairi dazuan membelek fesbuk, tiba-tiba dia terbaca sesuatu pekara yang amat penting terpapar di laman sosial yang paling up sekarang ni . Sedar dirinya berada dalam golongan yang rugi terus dikareta macbook air yang baru dibelinya itu. Hancur berkecai macbook tersebut ( bolehlah mentang -mentang menatang tu nipis). Macbook hancur boleh beli baru (kate kaya-raya), tapi terlepas tengok filem 2 ALAM pada hari pertama tayangan adalah sesuatu yang mebengangkan kairi dazuan. Dia sedar dia telah ditinggalkan oleh arus perdana kerana terlepas menonton filem 2ALAM, yang telah lama dinanti-nantikan olehnya. Kalau ketingalan mane urban-nya? Sia-sia selama ni ni beliau sewa mahal-mahal sebelah klcc, baek beliau tinggal di kampung utan aji saja.
Kairi dazuan peminat filem melayu nombor satu. Dia dah layan filem-filem melayu ni zaman ogy dengan jamal abdillah tengah 'up' lagi. Cakap ape saje, filem melayu . Semua dah kairi dazuan tengok, dari abang 92, gemilang, putera,amok, awas, balada, sembilu,iskandar mr chindrella, cinta fotokopi, bisikan cinta, lady boss,jutawan fakir ,syukur 21,lurah demdam,kl menjerit dan macam-macam lagi( kalau nak taip semua naik kematu tangan penulis). Takde satu pon pernah miss! Semua koleksi VHS,VCD,DVD, citer melayu semua ade dalam koleksi kairi dazuan. Para pelakon time tu tak kira cun tak cun, handal tak handal semua kairi dazuan kenal. Sepanjang kairi dazuan hidup dia memang kerap ke panggung wayang nak tengok citer-citer melayu. Patriotisme nye beliau.
Kairi dazuan pantas mencapai henset blakberi torch yang rege ribu-ribu tu,
'tik..tik.tiik.tik..tikk.tikk..' bunyi ketikan papan kekunci henpon blekberi yang rege ribu-ribu tu, laju bebenor kairi dazuan ni taip mesej, menunjukan beliau serius bermesej. Mesej kali ni bukan berunsur bisnes-bisnes tapi lebih kepada maruah dan prinsip.
'wayang jom', tegas benar bunyi mesejnya. Selesai saja menaip ayat keramat tadi, belai petik beberapa nama yang berpontensi untuk diajak keluar menonton wayang. Terus ditekan 'send' laju-laju dengan harapan orang yang mebalas pon laju-laju je balasnya. Dalam 2,3 minit kairi dazuan tunggu, satu pon mesej tak dibalas. Beliau menjadi tak keruan , hakikatnya beliau tidak sedar yang beliau mesej orang time-time maghrib , mane orang nak balasnye... dah semua orang dok sembah yang satu. Kesabaran kairi dazuan ade batasnya, sekali lagi dia capai henset blakberi torch yang rege ribu-ribu, kali ni pilih nama dengan teliti. Cari yang jenis tak reti beza time maghrib ngan isyak, yang jenis sekular , dan yang jenis ambik wudhuk pon kena refer buku amali PAFA lagi.
Setelah dihalusi dan diamati, kairi dazuan pon memetik beberapa nama yang ade potensi. Dapat je nama dia terus je tekan butang call. Menanti dengan penuh harapan dari si penerima.
'tut..tuttut...tut..tut.....tut........' panas telinga kairi dazuan menati panggilan nya dijawab.
'hello;' kedengaran pangillan kairi dazuan dijawab. Kairi dazuan melonjak kegembiraan sambil melepas tubukan padu ke udara.
Kairi dazuan terus bersuara,' kau tengah buat ape skarang?'
lalu dijawab lancar oleh teman nya,'lukis komik'
'lukis komik?? Ko tau tak ni waktu maghrib, waktu maghrib orang buat ape?' soal kairi dazuan
'waktu maghrib...?? ooo waktu maghrib, buat ape lagi tengok kartun kat tv la, ade kartun best ker? 'jawab teman beliau.
'bab.....(ops silap, orang jambu tak mencarut), sah sekular member aku ni', bisik kairi dalam hati.
'Woi jom ikut aku.'..pelawa kairi tegas,
'pergi mana'...sahut temanya lembut.....
'kita pergi.............................................
to be sambung (hik..hik..hik)................
Wasalam~Out
p/s; asalnya gua nak buat tulis benda lain tapi lain pulak jadinya,ni yang gua malas kalau gua start merapu ni.
p/s 2; kalau gua rajin ,gua sambung la siri ke2 pulak.,pergh dah macam novel bersiri.
p/s 3; *dazuan di sini masih lagi boleh dimanipulasi,pembaca bebas untuk meletakan apa-apa vokal di depan gelaran ini. Cth ; bazwan,kazwan,mazwan,pazwan,jazwan,yazwan,vazwan,lazwan,fazwan and etc(pandai-pandai la ye)
p/s 4; entri ni sebenarnya pasal rebiu cerita 2alam tapi apsal jadi macam ni..,why..why..why!!!!
Thursday, November 18, 2010
135 - WARKAH AIDILADHA
SALAM~
134~ Promoted III
Tuesday, November 16, 2010
133~ tak yah nak mengarot sangat lah....!
Monday, November 15, 2010
132~hujan buat cikgu gembira II
*
*
*
Wassalam~Out
131~ Tak yah nak kerjapadu sangat lah!
130 - WATERPARK!!
129 - NIK MOHD FARBIZI
Friday, November 12, 2010
128 - FESBUK KIJAM
7.5 juta pemilik akaun Facebook
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.
(POINT DARI RAIS YATIM CAM NAK SUH RAKYAT MESIA WAT FESBUK BEBANYAK,NNTI BOLEH BAGI ORAM AMERIKA KAYE JE)
+
+
+
-FESBUK ZAMAN KOMPUTER TAK UP LAGI-
-SAPE ADD PAKCIK NI GUA SEPAK USUS DYE-
AND REMEMBER!