Showing posts with label Awek dia praktikal kat proton. Show all posts
Showing posts with label Awek dia praktikal kat proton. Show all posts

Monday, November 29, 2010

142~Macam ni la diorang kantol!!!!!


Salam ~ In ilah myvi 2011
hai kamuoram
adlan khalidi kijam~
buat wakil proton cuak jer......



tadi gua pegi jalan-jalan kat blog kereta-kereta..
tiba-tiba tersepak benda ni.

Beza maivi yang baru ni ngan amar goyang punya;

Lampu signal ngan reverse lebih besar ..

Spoiler,bonet,bumper pon nampak lain.

Cermin Pintu belakang kat bahagian cermin lain.,ada macam tambah sikit-sikit.

Pintu ade lingkung ngan curve sikit, kat pemegang pintu on ruangan lengkung sikit,

kantol la tew!!!

plate negara mane dia pakai ni?


model yang baru nak keluar@akan keluar@dijangka keluar, secret macam mana pon dia akan buat test drive.(mana-mana kompeni, tak kira la proton ke, elektron ke, perodua ke, ssang yong ke, nisan ke, gmc ke, semua macam tu!) kecuali proton kejadah. so time test drive ni la kebanyakan projek yang kononya sekret tu kantol, tak kira la seberapa ketat pom simpan. takkan la dia nak buat test drive pusim-pusim proton je ataupon kat dalam dalam kilang je. Nak kena bagi real test. try atas jalan betol,higway betol,tol betol,bukit betul,jalan lubang-lubang yang betul, bonggol betol,jalan kampong yang betol( Tak tau la kot-kot kat dalm proton tu ade jambatan betol sebijik macam jambatan pulau pinang) ...benda macam ni kena la ambik kira.

So, ade apa hal?
nak tutup mulut ketat-ketat simpan benda yang semua orang dah tahu.
benda-benda macam gini, budak tadika pon boleh tahu kalau diorang ambik tahu.!
apakan pulak orang yang berfesbuk dan berinternet 24 jam ,MACAM BRANDEs...
kat internet benda-benda memacam ni bertebaran, kena-kena syarikat yang suam-suam kuku macam P******. jenis pekerja semua bumiputera!
apa luoram ingat yang tandatangan perjanjian tu semua folow ke dia punya T&C, akujanji,sumpah,piagam,prinsip...
kamon la.., ni melayu beb!
ade apa hal dengan melayu!!!!
orang melayu adalah umno, umno adalah korup!


melayu + proton - amanah x umno / doit(sama-sama kroni) = korup.
korup, i means korup!!!

apabila korup tu ade, benda macam ni dah jadi biasa..
ni kira ok , kantol kat tengah jalan.
kalau yang jenis kantol dalm kilang,sketches,slides presentation,MOU,slip gaji,brochure tu..
nak cerita macam mana?
seketat sekemas mana pon simpan kalau benda-benda macam ni taip kat gugle pon boleh keluar berlambak! ade apa hal?

Yang sejenis macam adlan khalidi tu berlambak.
tak kira la proton ke produa,
cuma dia yang tak bernasib baek + kurang cerdik.
thus,tak payah lah nak paranoia sangat ngan apa yang terjadi kat dia.
buat rilek-rilek jer. tak yah ketat-ketat sangat lah!




Wassalam~Out


p/s; gua ade dengar cerita exora tu kopi dari wish, pasal desainer dia pakai toyota wish. ade apa hal

p/s2; entri ni tuju kat semua orang melayu, takde tuju kat sape secara spesifik.

p/s3; gua try gugle exora prime ngn prestige, tiba-tiba keluar exora prisedent. ade apa hal?

p/s4; lagi gambar-gambar kantol, gua update later..banyak sangat.

p/s5; gau rase nak tulis blog kereta-kereta la pulak.

p/s6; ade apa hal?

Monday, November 22, 2010

139~ Suatu Ketika .....

Salam~In
Halu semoram~
koram kijam.....






"..Jangan kau bimbang sayang,....di mana ku berada,.....dengan siapa ku bersama..
jangan bimbang ku tetap kau yang punya.."






wassalam~out








p/s ; entri kali ni takde p/s-p/s....

Wednesday, November 3, 2010

115~Indie-Indie Kitoram


Salam~In
lalaki indi kijam~






Manalah........aku tahu
kiranya orang bercinta tu
kepalanya lembik macam tauhu
tangannya aktif macam garpu
apa yang ditelan semua tak lalu
terasa macam kayu............


Manalah........aku tahu
kiranya orang bercinta tu
perasaanya sensitif selalu
pantang silap mulalah naik kuyu........


Manalah........aku tahu
walau muka macam penyapu
walau otak macam lembu
tapi dipandang ngalahkan ratu.......

Manalah........aku tahu
semua tu
kerana aku hanyalah kutu..........






*sekadar gambar hiasan









amacam? nampak CARA tak???







p/s; dengar cerita budak-budak indi sekarang dalam bahaya, mungkin ni post indi terakhir dari blog yang baru nak indie ni.





*gua jumpa ni kat internet woi, apa-apa hal tanya makcik ni.




p/s 2; sape-sape yang ade banyak dosa ngan Topek (Amirul) baik mintak maaf cepat-cepat, nyawa beliau dalam bahaya sekarang.

p/s 3; sape-sape yang jumpa Topek(Amirul) kat mana-mana, bulih kalau nak pukul beliau. Tapi pastikan ada ular berdekatan.






wasalam~Out of nothing

Friday, October 1, 2010

74- Beruang buat Onar

Salam~~in
hei semoram~
beruang kijam~

gua ngah belek belek sokaba..
skali sekilas pandang jumpe artikel ni..
diam diam ubi berisi beruang kut mamat nih... mmg patut dpt 8 rat sebulan...

Anugerah kreativiti anak muda



Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PERKEMBANGAN teknologi sedikit sebanyak membantu generasi muda untuk maju selangkah ke hadapan dalam segenap bidang. Tampil untuk menterjemahkan imaginasi melalui kreativiti, golongan itu kini mempunyai banyak ruang untuk melakarkan idea.

Rentetan itu sebuah program yang dinamakan sebagai Nextgen Contenpreneur Awards (NCA) iaitu sebuah pertandingan eksklusif ilham Astro untuk membuka ruang kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi diperkenalkan bagi mengetengahkan kreativiti.

Sesuai dengan jiwa muda, Astro mempunyai harapan untuk melahirkan generasi yang mampu menghasilkan kandungan media yang mempunyai nilai seni, baru, menarik dan tersendiri.

Melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), NCA pada tahun ini sudah pun memasuki edisi ketiga.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah menjelaskan bahawa sejak NCA dimulakan pada 2008, ia mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar yang mempunyai minat untuk membina kerjaya dalam bidang penyiaran, multimedia dan komunikasi.

“Kualiti kerja yang dihasilkan oleh lebih 400 peserta yang diterima pada tahun lalu jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ramai bakat yang menanti untuk dicungkil.

“NCA telah menjadi suatu landasan kepada mereka untuk menunjukkan kepakaran dan kreativiti,” jelas Zainir.

Zainir menambah, revolusi sedang mengubah industri penyiaran di Malaysia dan perkembangan teknologi telah mencipta satu paradigma baru dalam cara kandungan media digunakan, dinilai dan dihayati.

“Tidak memeranjatkan kerana kebangkitan inovatif ini diketuai oleh bakat kreatif daripada angkatan generasi muda,” tambahnya lagi.

NCA menggalas peranan penting bagi menyediakan saluran yang membolehkan para pelajar mengasah bakat dan menajamkan kemahiran untuk maju dalam kerjaya pada masa hadapan.

Pertandingan yang akan berakhir pada 8 November ini terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 hingga 25 tahun yang sedang mengikuti kursus pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mahupun luar negara.

Hadiah berupa wang tunai RM10,000 berserta sebuah piala dan sijil akan dibawa pulang oleh pemenang dalam 10 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori tersebut ialah Kandungan Singkat Luar Biasa (TV), Dokumentari Serba Baru, Arahan Seni Luar Biasa dan Video Muzik Cemerlang.

Kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai bakat kreatif dan berminat menyertainya, layari laman web www.astro.com.my/nca2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*gua syak ikhumo hantar telenovela muvi pendek "2nd Chance" beliau..


seken can versi haiwan..


WASsalam~~OUT