Friday, October 29, 2010

109~ Segmen Agama-agama Bersama Haji Grinders

Assalaimualaikum~ In
Grinders kijam~
malas nak hapdet blog..
nasib baek ade haji*


Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk bertemu di pagi jumaat yang indah ini.Sempena hari jumaat yang mulia ni, grinders semua bagi satu slot kat Haji* . dengar cerita hari jummat ni grinders semua malas-malas nat updated blog, takpe-takpe Haji ade biar haji yang handle…small matter je bagi haji nak kongsi-kongsi cerita dengan kamu semua. Ok lah, Haji tak nak sembang lama-lama haji pon sebok jugak ni , banyak kerja nak buat ni. Sempena hari penghulu segala hari ni, Haji nak bercerita tentang kisah-kisah nabi memandangkan kisah ni ade kaitan dengan projek yang tengah haji usahakan sekarang. Kamu semua baca dan paham elok-elok, Haji harap haji bagi ni koram guna baik-baik untuk keselamatan dunia dan akhirat.






sekadar gambar hiasan



Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:

"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. "

macamana, menarik tak? ni ade sikit lagi...



ni bukan gambar syurga , jangan tepengaruh la pulak. grind baru tau!

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilang kan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"
tanya malaikat lagi."Hawa", jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."


baiklah kamu semua, cukuplah setakat ni je hari ni kamu semua. kamu semua terhibur tak? kalau terhibur tepuk tangan !!!

minum milo untuk badan yang sihat dan kuat
(iklan ini tidak ditaja oleh sape-sape, haji saje nak buat amal hari-hari jumaat ni)


Sebelum berpisah Haji nak bagi sepotong hadis untuk kamu semua, maaf ler, haji sempat bagi sepotong je.. yang lain tak sempat nak potong, grinder haji rosak. ok jumpa lagi di slot yang akan datang jika ade kesempatan dan rezeki..bye2*

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”


kamu semua jangan nak rajin-rajin ponteng pulak sembahyang jumaat!!!
~ buruk padahnya..nauzubillah!!



yang ni bukan nabi, kamu semua jangan ngada-ngada nak folow pak cik kahar ni.., beliau ni tunggu masa nak kena grind dengan Haji je ni.


yang ni pulak, cik baizura kahar. Awek sweeeet....hihi





Wasalam~Out






p/s; amacam???, nampak macam blog agama-agama bukan?


* Haji di atas adalah watak rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jika terdapat persamaan hanyalah kebetulan sahaja.
;) wink..wink..wink

4 comments:

  1. cayalah haji!
    keep on rockin..!!!
    majulah wangsa maju untuk budak-budak lembah kelang..!!!

    ReplyDelete
  2. p/s 2; Adam di sini bermaksud nabi adam, jangan salah anggap pulak. ni bukan aizam mat saman tu..
    nak tau sape aizam mat saman try gugle..,brader-brader gugle tau siap beliau yang sebenarya.(pergh macam lagu yuna)
    ~ni komen indie sebab ade letak nama yuna.

    ReplyDelete
  3. isi tu da ala2 dakwah..tp tunjuk gmbar artis perempuan yg xtutup aurat....hmm...macamane ni haji grinder?

    ReplyDelete

laju sikit taip tu woii!!!!