Wednesday, October 20, 2010

104~ Mari Mengenal Kelantan II

Salam~In
hoi kuram
gua bizi~



Lepas makam tadi gua cek email~
gua dapat emel berantai dari member gua yang telah berjaya dalam hidup dan mempunyai masa depam yang cerah.
beliau suroh gua sebar-sebarkan mesej ni kat dalam emel.

~mula-mula gua terpengaruh jugak nak sebar menatam ni kot dalam emel.
time gua tengah belek-belek nama recepient yang gua rasa senonoh untuk gua antar mesej ni, terlintas plak gua nak paste je menatam emel ni kat blog!
baru nampak urban bukan?




Lu oram bace, pastu pikir dalam-dalam~




Aku tak pasti dari mana datangnya perangai2 orang Malaysia yang lain suka kutuk orang Kelantan.Adakah benda tu datangnya dari pengaruh politik?Atau datangnya daripada pengaruh media?Atau datangnya kutukan2 tu dari perangai orang Kelantan tu sendiri?
Entahlah.

Member aku ramai aje orang Kelantan.Member baik aku masa aku mula2 masuk U dulu pun orang Kelantan.Kerja dia setiap hari,mengorat awek,dengan gaya dia yang seakan-akan seksi.Hahaha.Tapi dia baik.Tak tinggal semayang,perangai baik,cakap pun lembut aje.Cuma dia gatal.Aku pun.Semua lelaki gatal.Waktu sekolah aku dulu,member aku ramai orang Kelantan.Seorang serius aje memanjang,sorang lagi suka tengok muscle masa berak.Ok aje.Takde masalah pun.

Cuma satu aje benda yang aku tak suka pasal orang Kelantan.Diorang ramai jadi kaki pau kat Central Market.Tapi bukannya semua rakyat Kelantan turun CM tiap2 minggu kerja mengepau duit.Aku sure ramai lagi orang negeri lain yang kaki pau tapi kenapa orang Kelantan jugak yang kena?Sebab apa?

Sebab campaklah orang Kelantan kat mana-mana pun pelat dan loghat dia takkan bertukar.Jadi orang senang nak tau dia dari mana.Aku rasa diorang bangga dia orang Kelantan sebab pada aku,Kelantan ni unik.

Adik aku cerita minggu lepas,pernah penyokong Selangor campak ular tedung dalam bas penyokong Kedah.Adakah perlu aku stereotaipkan ORANG SELANGOR SEMUA SUKA CAMPAK ULAR TEDUNG DALAM BAS?

Stereotyping.Ini masalah orang Melayu.Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kerana sekor dua mamat Kelantan yang fuck up,habis semua orang Kelantan dipanggilnya kaki gaduh.Dah mamat tu ada akal,tak nak guna,takde kaitannya dengan negeri mana asal dia.Boleh aje aku kata semua orang Pahang berlagak tak kena tempat sebab ada seorang mamat dari Pekan berlagak nak bina menara 100 tingkat padahal banyak lagi orang takde rumah,KLCC pun tak berpakai sepenuhnya.Nak aje aku claim semua gadis Negeri Sembilan kaki shopping,boros dan nak bergaya aje lebih.Tapi marah pulak isteri aku.

Kesimpulannya,negeri adalah tempat kelahiran.Kalau perangai buruk,itu bukan salah negeri.Itu salah diri sendiri.Cuba tanya diri sendiri,kenapa kau benci orang Kelantan?Mesti takde sebab kan?Tapi,kenapa kau nak benci jugak aa?Adakah pernah seorang mamat Kelantan datang kat kau dan tampar kau tanpa sebab?

Kesimpulan kedua,gadis2 Kelantan memang hot.Entahlah mana datang kulit diorang yang kemerah-merahan tu.





bola-bola jugak, akhirat we alll tak pernah lupo uols!


Wasalam~Out
gua tengah bizi lagi ni~

4 comments:

  1. org kelantan mmg baik2 blako~~
    kak long baik je aku tgk~~

    ReplyDelete
  2. aku rasa org2 yg benci ore klatey ni sbb pernah direject oleh awek2 kelatey..hahaa
    xpon sbb diorg xsuke cara hidup org klantan yg agak islamik bbnding negeri2 lain..sukar nk buat maksiat d kelantan..tu diorg bengang..hahha mgkin juga kerana kelantan tiada pub2 terbuka,disko2,konsert2 syaitan,cinema2,dn tasik2 maksiat utk lepak2 dgn aweks..takde hiburan..mende2 mcm ni la yg buat diorg benci kelantan..kesian org2 yg gila dunia..sori grinders klw tkasar sket..hehehheh

    ReplyDelete
  3. kalau klate ore pakat benci sbb2 gitu, tganu besut KT sume plk guano kiro? sbb KEDEKUT sngoti ko? nate mano la hok ajar gtu. meme ako yekk sngoti bak ah.

    ReplyDelete

laju sikit taip tu woii!!!!