Monday, October 4, 2010

77~ Peti Sejuk Indie

Salam~In
hai semoram
stabaz kijam




Ini adalah peti sejuk dalam opis gua. Peti sejuk ni keluaran panasonik, tadi gua ade gugle dia punyak specs kat internet.

(Gua kopi pes jer, malas nak translet)

feature:
* 2 Doors
* 193L
* Bio Clean
* Adjustable Tray
spesification:
For convenient storage of heavy, space-consuming vegetables, the vegetable case is located in the center where items are easy to see and take out. Panasonic's Vegerator is a completely new style of refrigerator.

* Convenient, Revolutionary "THE VEGERATOR" Easy to See - The frequently used vegetable case is right at waist height, so you can see all the way to the back.
* Easy to Get - You can reach the food inside while standing straight up. It's easy to get even heavy or bulky foods in and out
* Easy to Arrange - You can do everything in a natural posture, with no bending down. This makes it more efficient to use while cooking.


berdasarkan spesifikasi yang disediakan oleh pihak pengeluar produk ini di laman sesawang mereka ternyata peti sejuk ini bukanlah peti sejuk runcit-runcit. jenis yang mampu menyaingi harga sebijik aipon.




tapi telah disalah anggap sebagai file kabinet oleh warga opis gua. Air ribena yang kat dalam tu ntah zaman bila lagi,file-file ngan kertas yang ade tu dah jadi kayu balik sebab dah keras sangat. pengaruh 'indie' ni dah meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat berkolar putih secara diam-diam.

Gua dapat detect beberapa sebab kenapa 'peti sejuk' dalam opis gua diperlakukan sedemikian rupa. antaranya ialah:

1-SUHU; iklim di dalam opis gua ni sejuk mengalahkan alaska, kalu dah sejuk apa guna peti sejuk lagi. teh 'o' panas pon kalau dibiar lama-lama dalam opis gua buleh jadi eskrem. macam best jek eskrem teh ni!

2-AWEK; bilangan pekerja dalam opis gua ni 15 orang semuanya termasuk 2 budak praktikal yang hensem-hensem. dalam 15 orang ni ade soram je awek. sudah menjadi kebiasaan kalau kerja bawak bekal-membekal di tempat kerja awek yang konker.yang laki-laki cuma bawak bekalan ilmu di dada je, takpon bekalan rokok. apabila awek ni soram, awek ni pon otomatik segam nak bawak bekal mahupun membekalkan makanan kat warga opis. kalau dia bawak makanan kompem-kompem kena bedal ramai-ramai.kesiam awek tersebut

3-gua malas nak tulis.

4-gua malas nak pikir.

5-lu pikirlah senirik!

berikut adalah 5 faktor,bagaimana peti sejuk kat opis gua terlibat dalm scene-scene'INDIE'. kalau jarak gombak ngan cyberjaya ni dekat dah lama gua bawak balik encik peti sejuk ni kat bilik gua dapat la jugak dia merasa jadi peti sejuk yang sebenar. gua pon boleh buat-buat beliau jadi ekon andai kata kalau tiba-tiba suhu dalam bilik gua masuk kategori panas secara mendadak. global warmin skarang pon dah kena pegang ngn freemason woi, dengar cerite.

Wasalam~Out

Sunday, October 3, 2010

76~ Clever!

Salam ~In
Hoi semuram...







Dengar cerita main menatang ni dah jadi INDIE sekarang, lepas ni bebudak bangfes pom buat lagu pakai benda nih. Eh kat mana bebudak bangfes skang ni, senyap jer mereka-mereka in semua?

Wasalam~Out

Friday, October 1, 2010

75~ Golden Dream

Salam~In
Hoi semboram..
salam lebaram,


Sepamjam hidup gua, gua tak pernah bermimpi ataupon berangan-angan nak pakai kereta beso-beso, naik moto laju-laju, hisap rokok sebelah tangan, skor hatrik kat old traford,skodeng awek paling cun kat sekolah mandi, pakai telepon mahal-mahal siap ngn postpaid lagi, redah pekatan malam kolompo sambil-sambil kepit makwe, lengan beso pastu siap ade urat-urat lagi, ijazah kedoktoran dan yang seumpama denganya. Satu benda je yang gua impikan dalam hidup gua dari kecik sampai ke besor yakni dapat makam benda sedap-sedap secara free-free. Semalam segala 'golden dream' gua dari kecik tercapai! rase macam kat dalam citer heri poter plak, makanan sedak-sedak semua dah terhidang kt atas meja, tingal nak ngap je.




Kasi openin sikit, jeng..jeng..







~meja pencuci mulut, takde plak dia letak sabun kat sini . tak hygenic langsung.




~dari sudut yang berbeza, kihkihkih




~gua basuh mulut dengan ni je, harap-harap bersih la ye.




~meja international desert, dalam bahasa mudahya kek.




~chicken pie ni masok dalam kategori kuih-muih, tapi gua buat sebagai pencuci mulut.



~majlis belom start pon lagi, gua dah baham eskrem sampai 5 kon!



~ntah berapa cucuk ntah gua bedal benda ni, orang kata coklat ni buleh mereleasekan tension ye dak?





~nampak macam sedap.




~nampak macam banyak.




~nampak macam lapar.




~nampak macam tak habis.





~benda-benda KFC ni, klu dah bagi free tak berapa nak KFC sangat dah la.





~benda yang membuat tidor malam gua tak berapa nak lena , sampai mengigau-ngigau.




~gua ingat gua soram je mengidam nak makam kambim ni, rupanya orang laen pon lebih kuram.




~mula-mula, gua ambik siket-siket.






lama-lama baru ambik lebih,baru true.



~gua cubit dulu sikit-sikit.






~pastu baru pulas slow-slow.





~liat sangat, gua kekah je!




~dah macam reban ayam gua tengok




~makcik-makcin pon nak dresin macam makwe-makwe.



~gua pon keliru, ni majlis raya-raya ke majlis kawen-kawen.




~mengimarakkan lagi semangat 1Malaysia.



banyak ni je la yang gua dapat kongsi-kongsi malas nak uplod gambar banyak-banyak, makan masa. lagipun gua sebok dengan aktiviti makam-makam, tak sempat nak ambik gambar buat 'peace cute', rumah kutai mahupon gambar lompat-lompat. gambar 10X lagilah, tak retii nak setim kamera nih. Menu-menu basic yang lain seperti mee soto, mee kari, laksa, spagheti, sosej,rendang, kuah kacang, sontong,lemang, pudin,bubur hitam, biskut-biskut runcit, biskut raya,air sirap, lai chee kang, dan lain-lain gua tak sempat nak ambik.


Wasalam~Out

74- Beruang buat Onar

Salam~~in
hei semoram~
beruang kijam~

gua ngah belek belek sokaba..
skali sekilas pandang jumpe artikel ni..
diam diam ubi berisi beruang kut mamat nih... mmg patut dpt 8 rat sebulan...

Anugerah kreativiti anak muda



Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PERKEMBANGAN teknologi sedikit sebanyak membantu generasi muda untuk maju selangkah ke hadapan dalam segenap bidang. Tampil untuk menterjemahkan imaginasi melalui kreativiti, golongan itu kini mempunyai banyak ruang untuk melakarkan idea.

Rentetan itu sebuah program yang dinamakan sebagai Nextgen Contenpreneur Awards (NCA) iaitu sebuah pertandingan eksklusif ilham Astro untuk membuka ruang kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi diperkenalkan bagi mengetengahkan kreativiti.

Sesuai dengan jiwa muda, Astro mempunyai harapan untuk melahirkan generasi yang mampu menghasilkan kandungan media yang mempunyai nilai seni, baru, menarik dan tersendiri.

Melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), NCA pada tahun ini sudah pun memasuki edisi ketiga.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Zainir Aminullah menjelaskan bahawa sejak NCA dimulakan pada 2008, ia mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar yang mempunyai minat untuk membina kerjaya dalam bidang penyiaran, multimedia dan komunikasi.

“Kualiti kerja yang dihasilkan oleh lebih 400 peserta yang diterima pada tahun lalu jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ramai bakat yang menanti untuk dicungkil.

“NCA telah menjadi suatu landasan kepada mereka untuk menunjukkan kepakaran dan kreativiti,” jelas Zainir.

Zainir menambah, revolusi sedang mengubah industri penyiaran di Malaysia dan perkembangan teknologi telah mencipta satu paradigma baru dalam cara kandungan media digunakan, dinilai dan dihayati.

“Tidak memeranjatkan kerana kebangkitan inovatif ini diketuai oleh bakat kreatif daripada angkatan generasi muda,” tambahnya lagi.

NCA menggalas peranan penting bagi menyediakan saluran yang membolehkan para pelajar mengasah bakat dan menajamkan kemahiran untuk maju dalam kerjaya pada masa hadapan.

Pertandingan yang akan berakhir pada 8 November ini terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 hingga 25 tahun yang sedang mengikuti kursus pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mahupun luar negara.

Hadiah berupa wang tunai RM10,000 berserta sebuah piala dan sijil akan dibawa pulang oleh pemenang dalam 10 kategori yang dipertandingkan. Antara kategori tersebut ialah Kandungan Singkat Luar Biasa (TV), Dokumentari Serba Baru, Arahan Seni Luar Biasa dan Video Muzik Cemerlang.

Kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai bakat kreatif dan berminat menyertainya, layari laman web www.astro.com.my/nca2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*gua syak ikhumo hantar telenovela muvi pendek "2nd Chance" beliau..


seken can versi haiwan..


WASsalam~~OUT