Friday, August 27, 2010

45-Siri Sembang Berapi-raPi (SSBP)

Dalam bulan puasa ni opis gua, bagi kelongaran untuk balik awal , dalam 4.30 tu dah boleh blah dah. Seperti hari-hari biasa , hari tu walaupon gua tamat opis hour pkol 430 gua cenderung untuk melengah-lengahkan masa sehingga pukul 5 lebih-lebih, paling king pon 530 la bai. Apa barang abis kerja terus blah, makwe-makwe cun yang balik kerja secara berbaris-baris tu nak tinggal kat sapa woi? Walaupun hari macam nak hujan gua tetap true untuk meneruskan perjalanan balik sebab gua ada misi yang lagi mustahak. Berpegang kepada prinsip hujan itu rahmat, gua tak ambil peduli.gua sarung helmet dan start motoosikal berkuasa rendah gua. Bunyi enjin berderum-derum.lebih kurang 3 saat gua panaskan enjin gua terus memecut laju tak ada pandang-pandang belakang dah.

Lebih kurang 16 pelaung gua merempit,titis-titis hujan mula berguguran, mula-mula gua buat- buat normal macam tak ada apa-apa berlaku, lama-lama gua buat muka. Gua teruskan perjalanan sambil 'cilok' mana-mana lubang yang patut. Gua rasa jalan nak pegi ke bulan lagi rata permukaanya. Sampai Melawati hujan gila babi lebat.seluar baju gua dah mula basah kuyup. Seluar dalam pun dah mula rasa berair. Mula-mula terfikir juga gua nak berhenti berteduh di Taman Melawati sambil layan bazaar ramadhan di situ. Tapi memandangkan hari hujan lebat , dah sah amoi-amoi pon tak berapa ramai kat situ. Semua dok bantai tidor, time hujan-hujan ni memang kena ah. Tak pon pekena 'bak kut teh',memang king dengan dia punya iklim! Lagi pon bazaar ramadhan situ banyak sangat gerai, boleh sesat gua. Tak reti gua nak layan bazaar ramadhan divisyen satu macam tu. Kuih-muih korup tak payah cakap la,bersepah! Orang nak meniaga , lu nak meniaga gak. Buat kuih takde 'art' langsung. Diorang patut fikir buat kuih tu macam buat teater,baru halus. Ini tidak , buat kuih macam buat kereta proton . main taruk je semua benda , tak ikot prinsip langsong!

Gua batalkan niat gua dan terus pecut dalam hujan menuju ke destinasi yakni balik UIA. Gua pecut berhati-hati sebab kalau jatuh atas jalanraya ni bukanya tak sakit. Sedangkan jalan atas tar kaki ayam pon dah tak berapa sedap. Ini kan nak gesel siku atas tar dengan daya tujahan. Perghhhh…. Sampai-sampai je gua kat UIA hujan dah reda. Jadi gua buat keputusan layan bazaar Ramadan UIA yang taraf runcit-runcit,. Kalau ikut divesyen mahu jatuh dalam divesyen ke4 nih, dia punya bazaar. sampai je bazaar gua heran. Apa pasal tak ade satu gerai pon jual nasi air? Tak true langsung.baru nak layan time-time hujan nih. Sambil- sambil gua tawaf bazaar Ramadan tu ada satu dua motor buat beli gaya 'drive –thru'. Kalau ekzos kena kaki gua, memang gua libas brader moto tu pakai besi ayam percik gerai mak cik tepi tu. Jenis tak reti nak respek senior langsong, woi!! Gua dah 4th year la wei.

Dalam pusim-pusim tu gua nampak ade mak cik juak cakiau. Lantas gua bergegas ke gerai mak cik tu, dia punya cakiau nampak macam boleh tahan. Layan cakiau lepas hujan ni 'art' jugak getus gua dalam hati. Gua angkat cakiau dalam 3 biji, kena caj RM1.20 haram mahal nak mampus. Kat putrajaya singit je 3 biji woii!!! Gua hulur not RM100 kat mak cik jual cakiau tu, kucar –kacir beliau cari belen. Dalam mak cik tu tengah kucar-kacir cari belen untk gua. Datang dua wanita yang tak dikenali, gua syak mereka ni para pengunjung bazaar Ramadan runcit macam gua jugak nih. Brader yang ade kat situ layan diorang, gua syak brader ni anak mak cik tadi kot. Nampak macm baru mummaiyiz jer.

Brader bru mummaiyiz    : kueh kak?

Awek-awek         : kueh ni berapa Singgit?

Brader bru mummaiyiz    : 1,40 sen, 3,singit dua

Gua     : diam (dalam hati, xdapat la bai singit)

Mak cik cakiau     : (pegi kedai sebelah, cari duit pecah.)


 

Awek-awek      : bagi kueh tu singit!

Brader bru mummaiyiz      :yang mana satu kak?

Awek-awek        : kueh yang tu, yang cute-cute macam saya ni~ (sambil buat muka cute)


 

Gua             : paaaaaaaaaaaaaaaaannnggggg!!!!!!!!!!

Mak cik cakiau     :( berbuih mulut macam kena strok haba)


 

Gua terus blah tanpa ambik duit belen pon, gua kira sedekah kat mak cik tu laa. Sekali-sekala buat amal jariah di bulan Ramadan. Awek-awek td gua syak tahun ni beraya takde gigi depan, kena gua punya 'backhand'. Sekurang-kurangnya diorang paham dan mengerti dan jangansesekali buat benda-benda comel dan tak senonoh di depan orang yang baru balik kerja dan ditimpa hujan berderai-derai. Agar diorang paham , hidop ni panjang lagi. Gua start moto terus balik bilik pekena baring lepas hujan. Sedap betul rupanya baring lepas hujan ni, tak guna kerja gaji 18 ribu sebulan ataupon ada bini 4 kalau tak dapat baring-baring lepas balik kerja.


 

*argh, cukup setakat ni je gua meraban. Nak start buat tesis plak ni, td saje je test power menaip dah lame tak guna keyboard dalam word ni. Tak sangka sampi melarat macam ni sekali..hehehehe. To all GRINDERS, harap you all paham konsep segmen baru ni ye.

No comments:

Post a Comment

laju sikit taip tu woii!!!!