Friday, September 3, 2010

53-RB1




+
+
+
+


Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

[ thanks to lanz_skbp2006[at]yahoo.com for submit this lyric ]

powered by lirik lagu indonesia

Thursday, September 2, 2010

52 - MALAYSIA GEMPAR!!





orang ramai gempar apabila terlihat kelibat SUPERTAA sedang berlatih gaya terbaru di tasik dayang bunting. SUPERTAA dikatakan terlupa untuk menukar seragamnya sebelum berlatih membuatkan kunjungan beliau mudah dikesan warga sekeliling..



imej ceria SUPERTAA berjaya dirakam peminat dari helikopter peribadi setelah SUPERTAA berjaya mendapatkan lesen memandu.



ini pula imej terbaru yg berjaya dirakam orang awam.kelihatan SUPERTAA lengkap berpakaian preman ketika perarakan sambuatan hari kemerdekaan malaysia ke-53 baru-baru ini.walaupun cuba untik mengelak dari didekati media,namun imej beliau berjaya dirakam seorang vocalis kumpulan indie tempatan, sam bankfish.banyak teori mula tersebar adakah SUPERTAA memiliki kerakyatan malaysia atau sekadar pemegang pas lawatan pelajar??ikuti kupasan selanjutnya esok..

WASsalam~OUTing

51 - TENDANGAN SEPANJANG ZAMAN




Dengan cinta kubina istana
Kau sentuh runtuk jadi pusara
Cahaya hidupku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita

Kusemai benih kasih sejati
Kupupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tahui kini hanya rasa nan pedih

Ku mimpikan istana janjimu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian

50!-Barang panas yg sering diperkatakan di TM dan dibawa sehingga ke bilik






ANDROID MAMPU MILIK

MODEL beTouch E120 didatangkan dalam varian warna hitam, merah atau putih.


TIDAK perlu berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang dilengkapi spesifikasi hebat. Ini kerana, dengan hanya RM699, pengguna boleh memilih Acer beTouch E120 yang dilengkapi Internet mobil.


Tidak seperti telefon bimbit lain pada harga sama, beTouch E120 dilengkapi sambungan 3G yang membolehkan penggunanya melayari laman web, mengemaskini rangkaian sosial dan berada di talian pada bila-bila masa sahaja.


Ia menggunakan platform sistem operasi Android Donut dengan saiz paparan skrin sentuhan 2.8 inci QVGA dan pemproses ST Ericsson PNX6715. Selain itu, penguna dapat mengambil gambar yang baik menggunakan kamera 3.2 megapiksel dengan fokus tetap.


Siri ini menggunakan bateri Li-Poly 1500mAh yang tahan masa berbual sehingga 300 minit dan masa sedia sehingga 400 jam. Ia didatangkan dalam warna elegan iaitu hitam yang pasti sesuai dengan semua lapisan pengguna.


BAYANGKAN sebuah telefon pintar menjadi milik anda pada harga RM699 sahaja.
Dalam pada itu, ia juga mempunyai sambungan Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan AGPS, slot Mikro-SD, Mikro-USB serta FM radio. Dengan beratnya hanya 109 gram, pastinya siri beTouch E120 ini selesa dalam genggaman dan ringan untuk digunakan.


Sementara itu, untuk tawaran lebih hebat pengguna boleh memilih siri beTouch E400 yang dikuasakan dengan sistem operasi Android 2.1 terbaru iaitu Eclair yang berharga RM1,099 sahaja.


Ia menyediakan aplikasi komuniti yang pelbagai, selain pengalaman muzik dan video yang mengujakan buat penggunanya. Ia juga menyediakan akses yang pantas ke laman web dan maklum balas segera daripada mel-mel popular, peta-peta dan aplikasi carian.
Para pengguna juga boleh kekal berhubung dengan rakan-rakan secara lebih mudah melalui e-mel, mesej segera dan rangkaian sosial yang lain sepanjang masa.
*khas untuk sek sek TM*
WASsalam~~OUT